Taklimat Pengurusan Pentadbiran Kontrak Kepada Pentadbir Kontrak Di UPM | PEJABAT BURSAR
» BERITA » Taklimat Pengurusan Pentadbiran Kontrak Kepada Pentadbir Kontrak di UPM

Taklimat Pengurusan Pentadbiran Kontrak Kepada Pentadbir Kontrak di UPM

SERDANG-1 OKTOBER 2019: Pengurusan perolehan merupakan salah satu aktiviti di dalam Core Business Pejabat Bursar di mana bidang ini sentiasa menjadi perhatian dan pemerhatian daripada pelbagai sudut auditan oleh audit dalaman mahupun audit luaran. Ketelusan dan integriti di dalam pengurusan perolehan termasuk pengurusan pentadbiran kontrak perlu sentiasa dititik beratkan oleh semua Penjawat Awam.

 

Lanjutan daripada beberapa dapatan audit, Bahagian Pengurusan Perolehan telah mengadakan taklimat pengurusan pentadbiran kontrak kepada semua pentadbir kontrak di UPM di Bilik Senat pada 1 Oktober 2019 dengan kehadiran hampir 90 orang pentadbir kontrak. Tujuan taklimat ini adalah untuk memberi penerangan mengenai tanggungjawab dan peranan pentadbir kontrak untuk memastikan terma dan syarat kontrak serta pelaksanaan mengikut spesifikasi kerja/perkhidmatan/bekalan adalah dipatuhi. Penceramah yang juga merupakan Ketua Bahagian Pengurusan Perolehan, Puan Norlian Ismail  memaklumkan penemuan audit berkaitan pengurusan perolehan seperti kenaan denda, tempoh kontrak yg melebihi 4 bulan termasuk bayaran  dibuat tanpa obligasi dipenuhi sepenuhnya oleh pihak syarikat yang merupakan kesalahan serius yang perlu dielakkan.

Beliau juga meminta kerjasama pentadbir kontrak agar membuat penilaian prestasi dengan tepat dan telus selaras dengan   pelaksanaan perkhidmatan/ kerja/bekalan oleh pihak syarikat tanpa terikat dengan kepentingan peribadi. Pemantauan kontrak juga diberi penekanan supaya universiti tidak berada di dalam kerugian dan sekaligus menjaga kepentingan dan hak UPM. Perkongsian contoh dan situasi yang menyebabkan ketidak patuhan di dalam pentadbiran pengurusan kontrak agar lebih difahami dan dapat dihayati oleh semua peserta yang hadir.

Semoga taklimat ini dapat mengurangkan pemerhatian oleh pihak audit pada masa akan datang

 

gambar semasa taklimat

Tarikh Input: 01/10/2019 | Kemaskini: 02/10/2019 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXEUSAq~