TAKLIMAT PENYEGARAN PERMOHONAN BAYARAN BALIK PEMBELIAN KOMPUTER PERKUKUH KEFAHAMAN PEGAWAI UPM | PEJABAT BURSAR bursar
» BERITA » TAKLIMAT PENYEGARAN PERMOHONAN BAYARAN BALIK PEMBELIAN KOMPUTER PERKUKUH KEFAHAMAN PEGAWAI UPM

TAKLIMAT PENYEGARAN PERMOHONAN BAYARAN BALIK PEMBELIAN KOMPUTER PERKUKUH KEFAHAMAN PEGAWAI UPM

SERDANG, 21 Ogos 2026 – Pejabat Bursar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Taklimat Penyegaran Mengenai Permohonan Bayaran Balik Pembelian Komputer (BBPK) secara dalam talian menerusi aplikasi Google Meet, pada jam 3.00 petang yang disampaikan oleh Encik Mohd Akhi Bin Abu Bakar.

Taklimat ini dianjurkan bagi memberikan penerangan semula kepada warga UPM berkenaan pelaksanaan kemudahan BBPK. Antara aspek utama yang diperincikan termasuklah syarat kelayakan, kadar tuntutan, proses permohonan, pembelian peralatan, dan tatacara pengemukaan tuntutan melalui Sistem eClaim. Selain itu, taklimat ini turut menerangkan penambahbaikan yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah Universiti iaitu penambahbaikan ke atas syarat-syarat kelayakan baki tempoh permohonan dan kemudahan dipanjangkan kepada pegawai Kumpulan Pelaksana Gred 5 dan ke atas.

Taklimat ini juga turut menekan tanggungjawab dan peranan beberapa pihak yang terlibat seperti Ketua Pusat Tanggungjawab/Ketua Pentadbiran, Pegawai Aset, Seksyen ICT dan pemohon. Pegawai juga diingatkan supaya memastikan permohonan diluluskan sebelum pembelian dibuat dan pembelian komputer dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan selepas kelulusan.

Aspek pematuhan tempoh tuntutan turut diberi penekanan, termasuk keperluan mengemukakan tuntutan melalui Sistem eClaim sebelum 30 November setiap tahun.

Taklimat diakhiri dengan sesi soal jawab yang memberi peluang kepada peserta mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan pelaksanaan dan tatacara permohonan BBPK.

Penganjuran taklimat ini mencerminkan komitmen Pejabat Bursar dalam memastikan warga UPM memperoleh maklumat yang jelas dan terkini bagi melancarkan pengurusan permohonan serta tuntutan kemudahan BBPK selaras dengan ketetapan Universiti.

 

Tarikh Input: 28/08/2026 | Kemaskini: 28/08/2026 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6208 / 3515
03-86560160
X, (01:06:44pm-01:11:44pm, 08 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]