TAKLIMAT PEROLEHAN DAN BENGKEL KAEDAH BAHARU PENYEDIAAN SPESIFIKASI DAN PENILAIAN TEKNIKAL/KEWANGAN DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA , SARAWAK | PEJABAT BURSAR bursar
» BERITA » TAKLIMAT PEROLEHAN DAN BENGKEL KAEDAH BAHARU PENYEDIAAN SPESIFIKASI DAN PENILAIAN TEKNIKAL/KEWANGAN DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA , SARAWAK

TAKLIMAT PEROLEHAN DAN BENGKEL KAEDAH BAHARU PENYEDIAAN SPESIFIKASI DAN PENILAIAN TEKNIKAL/KEWANGAN DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA , SARAWAK

Bintulu, 29 Januari 2026 – Bahagian Kewangan Pengurusan Perolehan (BKPP), Pejabat Bursar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah dijemput oleh Universiti Putra Malaysia Sarawak untuk menyampaikan satu sesi taklimat khas berkaitan pengurusan perolehan dan kaedah baharu penyediaan spesifikasi serta penilaian teknikal dan kewangan kepada staf yang terlibat secara langsung dalam urusan perolehan di UPM Sarawak. Taklimat yang berlangsung selama dua (2) hari, iaitu mulai 28 hingga 29 Januari 2026, telah diadakan di Smart Classroom dan Makmal Komputer, Pusat Pengurusan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), UPM Sarawak. Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman serta memastikan pelaksanaan kaedah perolehan yang lebih sistematik, telus dan berkesan selaras dengan dasar serta peraturan yang berkuat kuasa.

Sepanjang program, taklimat telah dibahagikan kepada beberapa sesi merangkumi pelbagai topik penting berkaitan perolehan. Pada hari pertama, Ketua BKPP, Puan Noraini Abdullah, telah menyampaikan penerangan mengenai aspek-aspek utama Pekeliling Perbendaharaan dan Pekeliling Kerajaan, termasuk Prinsip dan Dasar Perolehan Kerajaan, Kaedah Perolehan, Pentadbiran Kontrak serta isu-isu perolehan yang sering dihadapi. Sesi pada sebelah petang pula diteruskan dengan pembentangan oleh Encik Mohamad Fadzil Hanafi Ibrahim yang memfokuskan kepada kaedah baharu penyediaan spesifikasi dan penilaian teknikal / kewangan yang mula diguna pakai bagi semua perolehan sebut harga dan tender melibatkan bekalan serta perkhidmatan bermula tahun 2026.

Hari kedua menyaksikan pelaksanaan satu siri bengkel yang bertujuan memperkukuh pemahaman peserta melalui pendekatan praktikal terhadap kaedah baharu yang telah diperkenalkan. Sebagai pelengkap kepada program ini, BKPP turut menyelitkan satu taklimat khas berkaitan Garis Panduan Perbelanjaan Darurat (AP55) dan Perolehan Darurat (AP173.2). Seramai 40 orang pegawai telah menghadiri sesi taklimat dan bengkel ini. Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan BKPP dalam memastikan pematuhan terhadap garis panduan serta tatacara perolehan, di samping memperkukuh tadbir urus yang cekap, telus dan berintegriti selaras dengan peraturan serta dasar perolehan yang berkuat kuasa.

Sesi taklimat dan bengkel ini berjaya mencapai hasrat yang diharapkan oleh semua pihak iaitu pemahaman yang jitu berkaitan pengurusan perolehan dan keberkesanan taklimat ini dapat diukur melalui komunikasi dua hala dan maklumbalas positif yang diberikan oleh peserta.

Tarikh Input: 30/01/2026 | Kemaskini: 30/01/2026 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6208 / 3515
03-86560160
X, (11:45:21am-11:50:21am, 08 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]