ENTITI KAMI | PEJABAT BURSAR
» ENTITI KAMI » Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) memegang portfolio mentadbir dan mengurus hal ehwal pelajar dan alumni, Universiti Putra Malaysia (UPM). Pejabat ini diterajui oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan dibantu oleh Ketua Pentadbiran (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dalam penyelarasan pentadbiran.

Dalam usaha memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada mahasiswa dan alumni UPM, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) turut dibantu rapat oleh Ketua Pusat Tanggungjawab di bawah entiti hal ehwal pelajar dan alumni seperti Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Ketua Bahagian Kaunseling UPM (BKUPM), Ketua Bahagian Perumahan dan Penempatan (BPP), Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP), Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM), Pengarah Pusat Perhubungan Alumni (ARUPM), Ketua Pusat Sukan (PS), Pengetua Kolej-Kolej Kediaman, dan Timbalan Komandan Badan Beruniform (PALAPES, Kor SUKSIS dan Kor SISPA).

Selain itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) juga memainkan peranan penting menyokong Naib Canselor dalam menggerakkan kepimpinan universiti ke arah mencapai matlamat strategik universiti terutamanya berkaitan pembangunan watak graduan berdaya tahan mendepani cabaran mendatang yang digariskan dalam Matlamat 1 Pelan Strategik UPM 2021 – 2025.

Memperkukuh Jati Diri, Perpaduan dan Semangat Patriotisme selari dengan Aspirasi Nasional adalah antara objektif yang perlu dicapai dalam usaha UPM membangun karakter graduan yang berdaya saing dalam mengharungi cabaran mendatang. Penglibatan pelajar dalam aktiviti yang menjurus kepada pembinaan watak yang serba boleh dan berdaya tahan dalam mendepani cabaran mendatang.

Pembinaan watak merangkumi nilai patriotisme, perpaduan dan nilai murni yang mengarah kepada keupayaan pelajar menzahirkan keperibadian insan yang seimbang dari segi fizikal, mental, emosi dan rohani serta mempunyai semangat kekitaan dan setia kepada negara. Program dan aktiviti pelajar direka bentuk dan dianjurkan dengan matlamat untuk penyatuan kepelbagaian kaum, bangsa dan agama. Penyatuan yang dipamerkan oleh kumpulan pelajar secara majmuk diperlihatkan menerusi perhubungan mereka; penerapan nilai saling menghormati dan menyayangi yang mengarah kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat.

Membentuk Watak dan Potensi Graduan yang Holistik terutama dari aspek keusahawanan, kesukarelawan, kepemimpinan, komunikasi keorganisasian, kesejahteraan emosi, kesihatan fizikal dan kemahiran insaniah juga merupakan inisiatif yang digarap dalam pencapaian matlamat membangun karakter graduan berdaya saing dalam mengharungi cabaran mendatang.

Inisiatif keusahawanan melalui PUTRA®PRENEUR memberikan fokus untuk menggerakkan satu gagasan besar keusahawanan dengan memperkasakan pembinaan ekosistem keusahawanan secara bersepadu, yang mampu menganjakkan minda pelajar daripada pencari kerja (job seeker) kepada pencipta kerja (job creator). Usaha ini secara tidak langsung akan dapat meningkatkan modal insan yang berkualiti, mempunyai atribut serta nilai keusahawanan yang tinggi, dan sekali gus menyumbang kepada kebolehpasaran graduan UPM.

PUTRA®HOLISTIK berfokus kepada mempertingkatkan aspek kepemimpinan pelajar menerusi pengurusan dan pentadbiran organisasi, keanggotaan dalam jawatan kuasa tertinggi pada peringkat Universiti serta Pusat Tanggungjawab (PTJ), dan penganjuran program/aktiviti secara kolaborasi bersama PTJ Universiti, agensi luar dan pihak industri sama ada dalam mahu pun luar negara. Seiring dengan itu, seni kepemimpinan diri pelajar yang berkaitan terus dengan mengorak arah mencapai tujuan hidup turut dititik berat agar keseimbangan spritual, fizikal, emosi dan intelek dapat digarap bersama.

 

ENTITI HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI (HEPA)

A) Bahagian

  1. Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP)
  2. Bahagian Perumahan dan Penempatan (BPP)
  3. Bahagian Kaunseling UPM (BKUPM)

 

B) Pusat

  1. Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP)
  2. Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM)
  3. Pusat Perhubungan Alumni (ARUPM)

 

C) Kolej Kediaman

  1. Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)
  2. Kolej Canselor (KC)
  3. Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS)
  4. Kolej Pendeta Za’ba (KPZ)
  5. Kolej 10 (K10)
  6. Kolej 12 (K12)
  7. Kolej Tan Sri Aishah Ghani
  8. Kolej 14 (K14)
  9. Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee
  10. Kolej Sri Rajang (KSR), UPM Kampus Bintulu

 

 D) Badan Beruniform

  1. Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES)
  2. Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Kor SUKSIS)
  3. Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA)

 

KAKITANGAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI)

  Prof. Dr. Arifin Bin Abdu
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
T:  +603-9769 6062
E:  tnchepa@upm.edu.my /arifinabdu@upm.edu.my 

     
  En. Abdullah Arshad
Ketua Pentadbiran,
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
T: +603-9769 6077
E: dell@upm.edu.my 
     
  En. Khairul Anuar Muhamad Noh
Pegawai Khas Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
T: +603-9769 3883
E: ka_khairul@upm.edu.my 
     
  Faizol Ikmal Bin Shariff
Pegawai Eksekutif 3
T:
E: faizolikmal@upm.edu.my
     
  Pn. Aiedah binti Abdullah 
Setiausaha Pejabat [Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)]
T: +603-9769 6062
E: aiedah@upm.edu.my 

     
  Pn. Nor Hayati Binti Mohamad Darus
Penolong Pegawai Tadbir
T: +603-9769 2757
E: noryati@upm.edu.my   

     
  Pn. Ezrin Binti Muhammad
Setiausaha Pejabat [Ketua Pentadbiran (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)]
T: +603-9769 6077
E: ezrinm@upm.edu.my
     
  Pn. Nurul Wahida Binti Zalkapli
Pembantu Tadbir (P/O)
T: +603-9769 6065
E: nwahida@upm.edu.my
 
     
  Pn. Masnah Binti Bahrin
Pembantu Awam
T: +603-9769 1339
E: masnah@upm.edu.my
     
  En. Erwan Bin Kasmungi
Pemandu
T: +603-9769 1339
E: erwank@upm.edu.my

 

LOKASI PEJABAT

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Tingkat Bawah (Ground)
Bangunan Canselori Putra
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXDdFAb~