Serdang, 3 Disember 2025 - Pejabat Bursar melalui Bahagian Kewangan Pengurusan Perolehan telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Spesifikasi dan Pemarkahan Teknikal/Kewangan Perolehan 2026 sebagai kesinambungan strategik kepada sesi taklimat mengenai kaedah baharu penyediaan spesifikasi serta penilaian teknikal dan kewangan yang telah disampaikan pada 13 November 2025. Penganjuran bengkel ini bertujuan untuk memperkukuh kefahaman, keseragaman serta ketelitian dalam penyediaan spesifikasi perolehan melalui pengumpulan input komprehensif daripada Pusat Tanggungjawab (PTJ), selaras dengan keperluan pelaksanaan perolehan 2026.
Bengkel berlangsung pada 3 Disember 2025 di Dewan Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia dan dilaksanakan dalam dua sesi berasingan meliputi Perolehan Perkhidmatan dan Perolehan Bekalan, dengan tujuan memastikan perbincangan yang lebih terarah, mendalam dan bersesuaian dengan kategori perolehan masing-masing.
Program ini telah mendapat sambutan yang baik dengan kehadiran melebihi 200 orang peserta daripada pelbagai PTJ yang telah memberikan komitmen tinggi serta pandangan teknikal yang bernilai dalam mengukuhkan kriteria penyediaan spesifikasi dan kaedah pemarkahan teknikal/kewangan. Penyertaan aktif para peserta ini telah menyumbang secara signifikan ke arah pembentukan standard yang lebih jelas, konsisten dan berintegriti dalam proses perolehan universiti.
Pejabat Bursar merakamkan penghargaan setulusnya atas kerjasama, penglibatan dan kesediaan semua peserta dalam menjayakan bengkel ini. Penganjuran bengkel ini diharapkan akan dapat mempertingkatkan kecekapan, ketelusan serta keberkesanan tadbir urus perolehan universiti, di samping menyokong aspirasi Universiti Putra Malaysia dalam memperkukuh amalan pengurusan kewangan yang berdaya saing dan berintegriti pada masa hadapan.

Puan Noraini Abdullah, Ketua Bahagian Kewangan Pengurusan Perolehan, Pejabat Bursar menyampaikan ucapan aluan sebelum memulakan Bengkel Penyediaan Spesifikasi dan Pemarkahan Teknikal/Kewangan Perolehan 2026
Suasana Bengkel Penyediaan Spesifikasi dan Pemarkahan Teknikal/Kewangan Perolehan 2026 yang berlangsung pada 3 Disember 2025 bertempat di Dewan Fakulti Pertanian, UPM
Date of Input: 04/12/2025 | Updated: 04/12/2025 | aini_abd

CHANCELLORY PUTRA BUILDING, LEVEL 2, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400, UPM SERDANG, SELANGOR.