Enhancing The 5S Quality Environment Implementation Course | BURSAR OFFICE
» NEWS » Enhancing the 5S Quality Environment Implementation Course

Enhancing the 5S Quality Environment Implementation Course

KURSUS PEMANTAPAN PELAKSANAAN AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S

Serdang 8 April 2019  Pejabat Bursar telah menganjurkan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S pada 8 April 2019 selama sehari yang diadakan di Dewan Taklimat Serdang, Tingkat 1 Bangunan Canselori UPM. Seramai 100 orang pekerja terdiri daripada pegawai dan staf pelaksana telah mengikuti kursus ini. Perunding daripada Inokreatif Q iaitu Encik Ridzuan bin Muhammad telah dijemput untuk menjadi penceramah dan fasilitator kursus ini.

Tujuan utama kursus ini adalah untuk memberi nilai tambah serta memantapkan kefahaman semua pekerja di Pejabat Bursar tentang kepentingan menerapkan fungsi Amalan 5S itu sendiri setiap hari di tempat kerja sebagai aspek pembudayaan kualiti dalam sistem perkhidmatan agar 9 kriteria di bawah sekurang-kurangnya dapat dipenuhi;

 

 

Selain daripada itu peserta kursus juga didedahkan dengan konsep dan elemen EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) yang sangat berkait rapat dengan pembudayaan Amalan 5S. Pada sebelah petang pula peserta diminta untuk melakukan aktiviti SISIH sebagai latihan di ruang meja dan pejabat masing-masing menerusi bimbingan dan komen membina yang jelas daripada penceramah untuk nilai tambah kearah perubahan yang lebih positif. Kursus ini juga turut di hadiri sepenuhnya oleh Puan Hajjah Izariahwati Mohd Isa, Timbalan Bendahari Kanan Pejabat Bursar.

Diharap dengan adanya kursus ini dapat memberi input baharu dan kefahaman yang lebih jelas kepada semua peserta supaya konsep Amalan 5S ini dapat diaplikasikan di Pejabat Bursar dengan sebaik-baiknya.

Pautan Ke Galeri Gambar

Date of Input: 15/04/2019 | Updated: 19/04/2019 | azizal

MEDIA SHARING

BURSAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXEQMAf~