KUNJUNGAN HORMAT DAN LAWATAN PENANDA ARAS PEJABAT KELESTARIAN KEWANGAN, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA KE UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA | BURSAR OFFICE bursar
» NEWS » KUNJUNGAN HORMAT DAN LAWATAN PENANDA ARAS PEJABAT KELESTARIAN KEWANGAN, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA KE UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KUNJUNGAN HORMAT DAN LAWATAN PENANDA ARAS PEJABAT KELESTARIAN KEWANGAN, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA KE UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Serdang, 7 Januari 2026 – Pejabat Bursar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan rasmi dan lawatan penanda aras daripada Pejabat Kelestarian Kewangan (PKKew), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 7 Januari 2026 (Rabu) jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Bursar.

Tujuan utama lawatan ini ialah untuk berkongsi amalan terbaik sesama universiti awam serta prosedur pelaksanaan penjanaan pendapatan yang dilaksanakan oleh UPM, khususnya dalam memperkukuh kelestarian kewangan universiti. Lawatan tersebut telah disertai oleh lima (5) orang pegawai dari UTHM dan diketuai oleh Encik Noor Fauzi bin Abd Hamid, Pengarah Kelestarian Kewangan (PKKew), UTHM.

Perbincangan yang berlangsung merangkumi pelbagai agenda strategik, antaranya pengurusan ruang-ruang komersial, strategi serta model perniagaan berkaitan pakej perkhidmatan yang ditawarkan, selain pengurusan ladang sawit sebagai salah satu sumber penjanaan pendapatan universiti.

Lawatan ini diharap dapat memperkukuh hubungan kerjasama antara UPM dan UTHM serta menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman dalam usaha mempertingkat kecekapan pengurusan kewangan dan penjanaan pendapatan institusi pengajian tinggi awam.

Date of Input: 09/01/2026 | Updated: 09/01/2026 | azizal

MEDIA SHARING

BURSAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6208 / 3515
03-86560160
X, (02:16:05pm-02:21:05pm, 07 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]