KURSUS PEMANTAPAN GLOSARI DAN PELAPORAN AKAUN BELLUM TERIMA (ABT) UNIVERSITI AWAM (UA) DAN HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI (HPU) | BURSAR OFFICE bursar
» NEWS » KURSUS PEMANTAPAN GLOSARI DAN PELAPORAN AKAUN BELLUM TERIMA (ABT) UNIVERSITI AWAM (UA) DAN HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI (HPU)

KURSUS PEMANTAPAN GLOSARI DAN PELAPORAN AKAUN BELLUM TERIMA (ABT) UNIVERSITI AWAM (UA) DAN HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI (HPU)

Alor Setar, 1 Oktober 2025 – Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan Kursus Pemantapan Glosari dan Pelaporan Akaun Belum Terima (ABT) Universiti Awam (UA) dan Hospital Pengajar Universiti (HPU) bertempat di Hotel Raia, Alor Setar, Kedah dari 28 September hingga 1 Oktober 2025.

Kursus ini dianjurkan bagi menyelaraskan pelaporan ABT tertunggak oleh UA dan HPU susulan teguran daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang mendapati laporan ABT daripada setiap UA berbeza dari segi format dan kandungan. Objektif utama program ini adalah untuk membentuk satu garis panduan pelaporan yang seragam dan selaras dengan glosari kategori tunggakan yang dipersetujui bersama.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Isma Juwaina Abdul Aziz, Akauntan Bahagian Kewangan, KPT. Kursus ini menampilkan lapan sesi yang disampaikan oleh empat orang penceramah dari Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, dan UUM. Wakil dari KPT turut berkongsi pandangan dan input penting berkaitan pelaporan ABT. Universiti Putra Malaysia diwakili oleh Puan Mazitah binti Ahmad sebagai penceramah ,Puan Norhaslizah binti Mis dan Puan Siti Hajar binti Hanifah sebagai peserta

Seramai lebih 50 orang pegawai kewangan dari pelbagai universiti hadir untuk berkongsi pengalaman dan memperoleh maklumat terkini berkaitan pelaporan ABT. Hasil kursus ini, satu pelaporan ABT yang lebih sistematik dan seragam telah berjaya dihasilkan untuk digunapakai oleh semua UA dan HPU.

 

Date of Input: 30/09/2025 | Updated: 30/09/2025 | aini_abd

MEDIA SHARING

BURSAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6208 / 3515
03-86560160
X, (02:08:55pm-02:13:55pm, 07 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]