KURSUS PENYEDIAAN DAN PENYAJIAN HIDANGAN RASMI TINGKAT KUALITI PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN PEJABAT BURSAR | BURSAR OFFICE bursar
» NEWS » KURSUS PENYEDIAAN DAN PENYAJIAN HIDANGAN RASMI TINGKAT KUALITI PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN PEJABAT BURSAR

KURSUS PENYEDIAAN DAN PENYAJIAN HIDANGAN RASMI TINGKAT KUALITI PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN PEJABAT BURSAR

Serdang, 24 Disember 2025 – Pejabat Bursar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Kursus Penyediaan dan Penyajian Hidangan Mesyuarat dan Kunjungan Hormat Tetamu khusus kepada urusetia yang terlibat secara langsung dalam pengurusan mesyuarat serta pengendalian tetamu rasmi di Pejabat Bursar pada 24 Disember 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Bursar. Kursus ini telah disertai oleh seramai lapan (8) orang peserta daripada Seksyen Pentadbiran.

Kursus berkenaan telah disampaikan oleh Encik Muhammad Azfar dari Pejabat Naib Canselor yang dijemput khas berdasarkan kepakaran dan pengalaman beliau dalam bidang kulinari. Sepanjang pelaksanaan kursus ini, para peserta telah didedahkan kepada aspek etika penyediaan dan penyajian hidangan, susun atur hidangan rasmi serta pematuhan kepada standard profesional dalam penyampaian perkhidmatan.

Penganjuran kursus ini bertujuan untuk menyeragamkan amalan terbaik dalam setiap urusan penyediaan dan penyajian hidangan rasmi di Pejabat Bursar, selaras dengan komitmen universiti dalam memastikan kualiti perkhidmatan sokongan pentadbiran yang cekap, beretika dan berstandard tinggi.

 

 

Antara peserta Kursus Penyediaan dan Penyajian Hidangan Mesyuarat dan Kunjungan Hormat Tetamu anjuran Pejabat Bursar, UPM.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peserta Kursus Penyediaan dan Penyajian Hidangan Mesyuarat dan Kunjungan Hormat Tetamu anjuran Pejabat Bursar, UPM mengikuti sesi perkongsian ilmu yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari Pejabat Naib Canselor.

Date of Input: 24/12/2025 | Updated: 24/12/2025 | aini_abd

MEDIA SHARING

BURSAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6208 / 3515
03-86560160
X, (11:38:27pm-11:43:27pm, 15 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]