MERIAHNYA MAJLIS PERJUMPAAN YBHG. DATO’ BURSAR BERSAMA STAF TAHUN 2020 | PEJABAT BURSAR
» BERITA » MERIAHNYA MAJLIS PERJUMPAAN YBHG. DATO’ BURSAR BERSAMA STAF TAHUN 2020

MERIAHNYA MAJLIS PERJUMPAAN YBHG. DATO’ BURSAR BERSAMA STAF TAHUN 2020

SERDANG, 10 Julai 2020 : Majlis Perjumpaan YBhg. Dato’ Bursar bersama Staf dan Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2019 dan Anugerah Setia Putra
telah dianjurkan oleh Pejabat Bursar pada 10 Julai 2020 sebagai tanda penghargaan kepada staf melalui pengiktirafan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Anugerah Setia Putra.


Majlis dimulakan dengan Nyanyian lagu Putra Gemilang, bacaan doa dan amanat daripada YBhg. Dato’ Bursar kepada semua staf Pejabat Bursar. Turut diserikan dengan lakonan spontan Puan Wan Mirani Kassim bersama Dato’ Bursar sebagai adengan gimik bagi Pelancaran Montaj Video Penghargaan kepada Frontliners COVID-19.

Seterusnya,Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Setia Putra peringkat Pejabat Bursar disempurnakan oleh YBhg. Dato' Zulkiflee Othman kepada tiga belas orang penerima APC dan tiga orang penerima Anugerah Setia Putra. Senarai nama staf yang diberi pengiktirafan APC adalah :

1. Encik Shaharudin bin Mohamad Ali (tanpa hadir)
2. Puan Norizah binti Hasan
3. Puan Norhaslizah binti Mis 
4. Encik Azahari bin Mohamad
5. Puan Halimah binti Harun
6. Puan Siti Eshah binti Othman
7. Puan Hasnah binti Adam
8. Puan Rozi binti Ahmad
9. Puan Nor Syafikah binti Bahrin
10. Encik Muhammad Sauffi bin Ideris
11. Puan Suzana binti Abd Wahab
12. Puan Zainon binti Basri
13. Puan Intan Syafiena binti Abdullah 
14. Encik Zailani bin Bulot 

Tiga orang staf yang diberi Anugerah Setia Putra terdiri daripada Encik Mohd Asri bin Abdullah, Puan Siti Harlizah binti Rahman dan Puan Wan Pakidah binti Wan Hamat. Anugerah ini bertujuan untuk menghargai jasa staf di atas kesetiaan berkhidmat selama 20 tahun di UPM.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima. Semoga dengan pencapaian ini, dapat menjadi pemangkin dan membakar semangat kepada semua staf untuk mempertingkatkan lagi kecemerlangan dalam organisasi dan kepada Universiti Putra Malaysia amnya agar misi dan visi universiti dapat direalisasi.
 
 

Tarikh Input: 16/07/2020 | Kemaskini: 06/12/2020 | azizal

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXETPAC~