MGP 2022 : ANUGERAH KEPADA STAF PEJABAT BURSAR | BURSAR OFFICE
» NEWS » MGP 2022 : ANUGERAH KEPADA STAF PEJABAT BURSAR

MGP 2022 : ANUGERAH KEPADA STAF PEJABAT BURSAR

Serdang, 30 Mei 2022 -  Selepas 2 tahun Majlis Gemilang Putra tidak diadakan secara fizikal, pada tahun ini merupakan tahun yang bertuah kepada semua penerima anugerah apabila Penganjuran Majlis Gemilang Putra UPM 2022 telah diadakan pada 24 Mei 2022 (Selasa) bertempat di Dewan Besar, PKKSSAAS.

Majlis gilang gemilang yang diadakan tetap mengikut ‘Standard Operating Procedure’ (SOP)  kerajaan di mana setiap penerima haruslah mengemaskini status Mysejahtera, mengamalkan jarak sebanyak 1 meter dan memakai pelitup muka  walaupun berada di dalam tempoh endemik. Amanat yang disampaikan oleh Naib Canselor UPM, YH. Prof. Dato’ Dr. Mohd Roslan Sulaiman secara maya agar seluruh warga UPM akan terus melakarkan kejayaan dan menunjukkan budaya kerja yang berprestasi tinggi dalam melaksanakan tugasan seharian.

Seramai 13 staf Pejabat Bursar telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang , 15 staf menerima Anugerah Jasa Putra, seorang penerima Anugerah Perkhidmatan Melebihi 40 tahun dan seorang penerima untuk Anugerah Jasamu Dikenang. Anugerah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi.

Pejabat Bursar merakamkan setinggi penghargaan dan tahniah kepada semua kakitangan Pejabat Bursar yang telah menerima  anugerah-anugerah tersebut dan berharap agar semua kakitangan akan terus komited untuk menjalankan tugas di masa hadapan.

Sekalung ucapan takziah kepada keluarga penerima Anugerah Jasamu Dikenang Pejabat Bursar iaitu Allahyarhamah Puan Juliana Mahmood yang telah pulang ke rahmatullah  pada 26 Mac 2022. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman.

Date of Input: 07/06/2022 | Updated: 07/06/2022 | aini_abd

MEDIA SHARING

BURSAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXEXPAW~