TAKLIMAT BERKENAAN KELULUSAN CUKAI DI BAWAH SUBSEKSYEN 44(11d) DAN 34(6)(h) | BURSAR OFFICE
» NEWS » TAKLIMAT BERKENAAN KELULUSAN CUKAI DI BAWAH SUBSEKSYEN 44(11d) DAN 34(6)(h)

TAKLIMAT BERKENAAN KELULUSAN CUKAI DI BAWAH SUBSEKSYEN 44(11d) DAN 34(6)(h)

SERDANG,27 September 2021 – Kegusaran ramai pihak berkenaan kelayakan potongan cukai ke atas sumbangan kepada pihak UPM bagi wakaf dan endowmen telah menggesa Pejabat Bursar untuk mendapatkan maklumat lengkap berkenaan perkara tersebut supaya dapat menjelaskan kepada pihak penderma dengan lebih berkesan. Sehubungan itu, Pejabat Bursar telah berbesar hati menjemput Pengarah Bahagian Kelulusan dan Pemantauan, Jabatan Dasar Percukaian, Lembaga Hasil Dalam Negeri Encik Yaacob Othman untuk menerangkan dengan terperinci berkenaan Garis Panduan Kelulusan Cukai di bawah Subseksyen 44(11d) (Wakaf dan Endowmen) - dan 34(6)(h) (Sumbangan Projek Infrastruktur).

Taklimat yang dijalankan secara atas talian menggunakan platform Microsoft Team itu bertujuan untuk mendapatkan penjelasan dan penerangan berhubung kaedah pelaksanaan dan pemantauan bagi pemakaian cukai di bawah subseksyen 44(11d) dan 34(6)(h). Turut Bersama-sama di dalam taklimat ini adalah Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Dr Hj. Razali Othman manakala peserta yang lain terdiri daripada Ketua-Ketua Bahagian, pegawai di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) dan juga pegawai di Pejabat Bursar itu sendiri.

Penerangan yang diberikan adalah jelas dan sangat bertepatan dengan hasrat UPM untuk mengaplikasi subseksyen 44(11d) bagi sumbangan untuk wakaf dan endowmen. Diharapkan taklimat ini dapat memberikan input yang berguna buat semua pegawai di Pejabat Bursar khususnya dalam menambah baik perkhidmatan sedia ada

 

Date of Input: 30/09/2021 | Updated: 12/11/2021 | aini_abd

MEDIA SHARING

BURSAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXEXUAV~