TAKLIMAT PEMBAYARAN SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 2.0 | BURSAR OFFICE
» NEWS » TAKLIMAT PEMBAYARAN SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 2.0

TAKLIMAT PEMBAYARAN SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 2.0

SERDANG-11 FEBUARI 2021: Tidak dinafikan bahawa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 yang diumumkan Kerajaan baru-baru ini sedikit sebanyak menyumbang kepada kekangan kehadiran staf ke pejabat berikutan SOP dalaman UPM yang telah dikeluarkan oleh pihak universiti.

 

Walau bagaimanapun, Pejabat Bursar tetap mengambil tindakan terbaik di dalam menangani isu pergerakan dokumen kewangan terutama dokumen perolehan dan pembayaran agar proses kewangan masih dapat dilaksanakan dengan lancar melalui pemakaian semula Garis Panduan Pembayaran Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti pada 27 Januari 2021.

 

Sehubungan  itu, pada 11 Febuari 2021, Pejabat Bursar telah mengadakan taklimat kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ)  secara sidang video melalui aplikasi Zoom dengan kehadiran melebihi 300 orang yang terdiri daripada staf di kalangan Pengurusan dan Profesional dan pelaksana. Penyertaan yang amat menggalakkkan ini memberikan petunjuk bahawa semua PTJ bersedia untuk mengadaptasikan langkah-langkah penambahbaikan proses pembayaran yang dilaksanakan oleh Pejabat Bursar untuk kebaikan bersama.

 

Taklimat yang disampaikan oleh Ketua Proses Pembayaran, Puan Yusnawati Mat Isa ini berlansung selama 2 jam setengah dengan diselang selikan pelbagai soalan daripada peserta. Peserta diberikan pemahaman secara lansung berkenaan aliran proses terbaharu pergerakan dokumen pembayaran sepanjang tempoh PKP berlansung termasuk semasa tempoh PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan). Pelaksanaan penghantaran dokumen secara atas talian melalui emel rasmi UPM daripada PTJ kepada Pejabat Bursar ini diharap dapat menyelesaikan isu staf yang Bekerja Dari Rumah (BDR) tetapi masih boleh mengemukakan dokumen perolehan (RO-permintaan perolehan) atau pembayaran. Selain itu, Ketua Proses Pembayaran juga menekankan kepentingan penyimpanan dokumen di PTJ dan kesannya sekiranya arahan ini tidak dipatuhi oleh Ketua PTJ.

 

Pihak PTJ boleh membuat capaian kepada garis panduan dan dokumen sokongan berkaitan di laman sesawang Pejabat Bursar dan digunakan sepanjang tempoh PKP berlansung.

 

Semoga taklimat kali ini dapat memberikan pencerahan yang lebih terperinci dan dapat dilaksanakan oleh semua PTJ

 

Date of Input: 15/02/2021 | Updated: 15/02/2021 | aini_abd

MEDIA SHARING

BURSAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXERGAZ~