Taklimat Pengurusan Perakaunan Amanah Universiti | BURSAR OFFICE
» NEWS » Taklimat Pengurusan Perakaunan Amanah Universiti

Taklimat Pengurusan Perakaunan Amanah Universiti

SERDANG, 10 September 2020 – Taklimat Pengurusan Akaun Amanah telah berjaya dianjurkan buat julung kalinya oleh Seksyen Kewangan Akaun Amanah, Pejabat Bursar hari ini. Bertempat di DKEP 1, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, UPM Serdang, taklimat ini dihadiri oleh 91 orang peserta daripada 43 buah Pusat Tanggung Jawab (PTJ). 

Akaun amanah merupakan salah satu aspek penting di dalam pengurusan terimaan dan pendapatan kepada PTJ. Ianya turut menjadi antara komponen utama pemerhatian audit. Justeru itu, taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pencerahan dan kefahaman secara kolektif tentang tatacara pengurusan akaun amanah meliputi punca kuasa, proses pembukaan, pengendalian, dan penutupan akaun amanah.

Peserta taklimat juga turut diberikan penerangan berkenaan fungsi serta peranan jawatankuasa yang terlibat dalam setiap proses akaun amanah, proses pemantauan serta isu-isu audit berkaitan akaun amanah.

Ketua Bahagian Kewangan Perakaunan berkata, “akaun amanah berbaki negative (debit) dan akaun amanah tidak dikemaskini adalah antara pemerhatian audit berkaitan akaun amanah”. Justeru itu beliau menegaskan, setiap jawatankuasa perlu memahami dan memainkan peranan dan fungsi masing-masing bagi memastikan pengurusan akaun amanah di setiap PTJ diurus dengan baik.

Perkongsian ilmu dan taklimat telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Kewangan Perakaunan, Pejabat Bursar iaitu, Puan Nur Asriati binti Jasmi dan turut bersama dalam sesi taklimat berkenaan adalah Ketua Seksyen Akaun Amanah iaitu Puan Juliana Mahmood.

Sesi taklimat diakhiri dengan slot soal jawab akaun amanah dan beberapa soalan kuiz yang diberi kepada peserta

Dokumen

Date of Input: 29/09/2020 | Updated: 02/12/2020 | azizal

MEDIA SHARING

BURSAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXDdPAA~