TAKLIMAT PENYEGARAN PELAKSANAAN AMALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) 2026 | BURSAR OFFICE
» NEWS » TAKLIMAT PENYEGARAN PELAKSANAAN AMALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) 2026

TAKLIMAT PENYEGARAN PELAKSANAAN AMALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) 2026

Serdang, 23 April 2026 – Pejabat Bursar telah menganjurkan Taklimat Penyegaran Pelaksanaan Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) 2026 peringkat Pejabat Bursar pada 23 April 2026 (Khamis) bermula jam 9.30 pagi secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet.

Taklimat ini telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi EKSA Pejabat Bursar iaitu, Puan Yusnawati Mat Isa yang menekankan kepentingan penghayatan amalan EKSA secara berterusan dalam kalangan warga kerja bagi memastikan persekitaran kerja yang kondusif, tersusun dan berkualiti.

Sesi taklimat diteruskan dengan taklimat yang disampaikan oleh Penyelaras EKSA UPM iaitu Puan Zenaida Md Zenon daripada Pusat Jaminan Kualiti (CQA). Taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan semula serta memperkukuh pemahaman warga kerja terhadap pelaksanaan amalan EKSA selaras dengan garis panduan yang ditetapkan.

Seramai 120 orang staf Pejabat Bursar telah menyertai taklimat ini dan sekali gus telah  menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memastikan amalan EKSA terus dilaksanakan secara konsisten dan berkesan. Antara perkara yang diketengahkan termasuklah penambahbaikan berterusan, pematuhan standard serta persediaan menghadapi penilaian EKSA yang akan datang.

Diharapkan melalui taklimat ini, semua warga Pejabat Bursar dapat mempertingkatkan lagi kualiti persekitaran kerja yang kondusif, sistematik dan berimej korporat serta dapat mengekalkan kemenangan pada tahun 2024.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Date of Input: 24/04/2026 | Updated: 24/04/2026 | aini_abd

MEDIA SHARING

BURSAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6208 / 3515
03-86560160
X, (10:24:59pm-10:29:59pm, 16 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]