Program Cafe Talk Read@Bursar | PEJABAT BURSAR
» PROGRAM » 5s BURSAR » Program Cafe Talk Read@Bursar

Program Cafe Talk Read@Bursar

Pertandingan Sudut Bacaan Read@Uni UPM 2019 merupakan acara yang julung kali diadakan di UPM yang telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris di Majlis Pelancaran Read@Uni Peringkat UPM pada 12 April 2019. Sempena sambutan Hari Kualiti Dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM Tahun 2019, sudut Read@Uni terbaik merupakan salah satu kategori yang dipertandingkan.

Pejabat Bursar tidak ketinggalan untuk meraikan Read@Uni UPM ini dengan mewujudkan sudut Read@Bursar yang merupakan hasil usaha dan kreativiti staf di Pejabat Bursar dengan menggunakan sumber terpakai dan barang kitar semula bagi mengindahkan lagi sudut tersebut. Sudut ini juga menempatkan buku-buku ilmiah dan bacaan santai hasil sumbangan staf.

Bagi memastikan sudut ini dapat dimanfaatkan oleh setiap staf, satu program bual santai bertema Café Talk Read@Bursar telah diadakan pada 26 September 2019. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Bursar, Tuan Haji Zulkiflee Othman. Bual santai yang dianjurkan oleh Jawatankuasa 5S Pejabat Bursar ini telah dijayakan oleh Puan Juliana Mahmood sebagai moderator dengan menemubual Tuan Bursar serta Puan Hajjah Izariahwati Mohd Isa selaku Timbalan Bendahari Kanan. Pelbagai kupasan menarik daripada Tuan Bursar dan Puan Hajjah Izariahwati serta soalan mencabar minda yang diajukan penonton kepada Tuan Bursar dengan konsep Bursar Membaca.

Semoga budaya membaca dapat diterapkan oleh semua staf selaras dengan harapan Tuan Bursar. Bukan sahaja membaca itu jambatan ilmu tetapi salah satu cara untuk mengisi masa terluang dengan lebih berfaedah. Malah sudut  bacaan yang tersedia juga dapat dijadikan ruang istirehat sambil menikmati secawan kopi. 

Gambar di sini

Kemaskini:: 08/10/2019 [azizal]

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXDdSAf~