Program Gotong Royong Persekitaran Bersih Untuk Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) | PEJABAT BURSAR
» PROGRAM » EKSA PEJABAT BURSAR » Program Gotong Royong Persekitaran Bersih Untuk Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Program Gotong Royong Persekitaran Bersih Untuk Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Serdang, 05 Julai 2022- Sempena pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Tahun 2022, Pejabat Bursar tidak ketinggalan untuk memastikan keterlibatan secara aktif jabatan ini di dalam program tersebut dengan mengadakan Program Gotong Royong Persekitaran Bersih bagi mencapai matlamat tersebut. Aktiviti ini dijalankan dari pagi hingga petang bagi menyisih dan menyusun dokumen serta peralatan yang tidak lagi digunakan bagi tujuan pelupusan mengikut prosedur yang terpakai.

Puan Hajjah Izariahwati bt Mohd Isa, Bursar UPM turut memberi sokongan kepada program ini dan melalui ucapan pembukaan beliau telah menyarankan untuk semua pekerja di Pejabat Bursar komited untuk melaksanakan EKSA yang telah tertangguh selama 2 tahun kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan pendemik Covid-19 sebelum ini. Di samping itu beliau turut menyeru agar pelaksanaan EKSA ini menerapkan idea yang kreatif dan inovatif melalui bahan kitar semula bagi menyokong hasrat universiti memperluaskan amalan hijau dan kempen penjimatan.

Sebelum memulakan program gotong royong satu taklimat khas mengenai perjalanan proses gerak kerja dan juga penghayatan tentang konsep EKSA telah disampaikan oleh Ketua Jawatankuasa Audit Dalam EKSA Pejabat Bursar, Encik Mohd Hafiz bin Amrullah kepada semua pekerja Pejabat Bursar secara dalam talian. Beliau telah menerangkan secara ringkas kaedah dan kriteria ruang-ruang yang akan dinilai semasa audit UPM yang dijangka akan diadakan pada bulan September atau Oktober 2022 yang melibatkan komponen generik dan komponen khusus. Antaranya ialah ;

  1. Ruang Pejabat
  2. Bilik Mesyuarat
  3. Bilik Latihan/Kuliah
  4. Kaunter
  5. Stor
  6. Pantri/Ruang Makan
  7. Surau
  8. Tandas
  9. Bilik Cetak dll.

Encik Mohd Hafiz juga telah menekankan agar pelaksanaan EKSA di Pejabat Bursar hendaklah menerapkan elemen baharu EKSA iaitu imej korporat, persekitaran kerja kondusif, kepelbagaian dan go-green. Bagi memberi pengikhtirafan serta menggalakkan budaya persaingan yang sihat antara zon-zon ini, Jawatankuasa Audit juga akan menganjurkan pertandingan iaitu;

  1. Zon Terbaik
  2. Bilik Pegawai Terbaik
  3. Ruang kerja Staf Terbaik
  4. Tandas Terbaik

Secara keseluruhanya perjalanan aktiviti gotong royong kali ini telah berjalan dengan lancar sepertimana yang dirancang dan yang paling penting semangat kerjasama serta sikap bantu membantu dalam kalangan warga kerja Pejabat Bursar dapat dijalin dengan baik sekali.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kemaskini:: 14/09/2022 [s_astri]

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXDdIAn~