Bengkel Penjenamaan Semula Amalan 5S Kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) | PEJABAT BURSAR
» PROGRAM » EKSA PEJABAT BURSAR » Bengkel Penjenamaan Semula Amalan 5S Kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Bengkel Penjenamaan Semula Amalan 5S Kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Pada 27 Februari 2020, seramai seratus tujuh (107) orang staf Pejabat Bursar telah menghadiri Bengkel Penjenamaan Semula Amalan 5S kepada Ekosistem Kondusif Sektor
Awam (EKSA) pada 27 Februari 2020 bertempat di Dewan Taklimat Serdang. Bengkel ini diketuai oleh Encik Ridzuan bin Muhammad daripada Perunding Inokreatif Q.
Tujuan bengkel ini dianjurkan adalah sebagai panduan dan rujukan bagi melancarkan proses penjenamaan semula Amalan 5S kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di Pejabat Bursar. EKSA yang diterajui oleh pihak MAMPU (Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia) merupakan penjenamaan semula bagi Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam. Secara khususnya, penjenamaan semula ini dilaksanakan bertujuan untuk :

a) Meningkatkan imej korporat
b) Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Go Green
c) Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan stakeholders
d) Memperluaskan pelaksanaan di agensi-agensi kerajaan
e) Memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian organisasi /agensi kerajaan.

Bengkel yang berlangsung selama 1 hari ini dibahagikan kepada 3 Bahagian dimana peserta telah diberi taklimat berkenaan Panduan Amalan 5S Sektor Awam (2010), Semakan terhadap komponen penilaian EKSA dan Aktiviti Praktikal. Aktiviti Praktikal telah dijalankan secara langsung di Seksyen Kewangan Pejabat TNCPI dan Bahagian Kewangan Pengurusan Operasi Berpusat bagi melihat dokumen dan amalan EKSA yang boleh dipraktikkan di pejabat.


Sepanjang berlangsungnya bengkel ini selama 1 hari, secara keseluruhannya, ianya sangat bermakna kepada semua peserta dan diharap pemindahan ilmu yang diperolehi dapat dijadikan panduan dan direalisasikan di Pejabat Bursar.

Galeri Gambar

Kemaskini:: 04/12/2020 [aini_abd]

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXETWAg~