JAWATANKUASA SEBUTHARGA B UNIVERSITI | BURSAR OFFICE
» SERVICES » COMMITTEE » JAWATANKUASA SEBUTHARGA B UNIVERSITI

JAWATANKUASA SEBUTHARGA B UNIVERSITI

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

  1. Setujuterima sebut harga bagi kerja-kerja bernilai melebihi RM20,000 hingga RM50,000.
  2. Jawatankuasa Sebut Harga B hendaklah menimbang sebut harga dan memilih sebut harga yang paling menguntungkan Kerajaan. Jawatankuasa Sebut Harga B hendaklah berpuas hati semua penyebut harga telah diberi peluang yang saksama.
  3. Jawatankuasa Sebut Harga B hendaklah bersidang/bermesyuarat untuk memutuskan sebut harga. Pertimbangan sebut harga secara edaran tidak dibenarkan.
  4. Perbincangan dan keputusan Jawatankuasa Sebut Harga B hendaklah dicatatkan dalam minit dan ditandatangani oleh pengerusi dan ahli Jawatankuasa Sebut Harga. Asas-asas pemilihan sebut harga hendaklah dicatatkan dengan jelas.
  5. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga B hendaklah sebulat suara. Keputusan yang tidak sebulat suara dan/atau melebihi had nilai hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Sebut Harga A yang berkenaan untuk keputusan.

 

KEKERAPAN MESYUARAT

Mesyuarat akan diadakan setiap 2 minggu

 

KEAHLIAN JAWATANKUASA

Pengerusi

:

Ketua Bahagian, Pejabat Bursar

Setiausaha

:

Pegawai Kewangan, Pejabat Bursar

Ahli

:

1.

Pendaftar atau wakilnya

 

 

2.

Dekan/ Pengarah Pusat atau wakilnya

 

TENTATIF MESYUARAT SEBUTHARGA

Mesyuarat Jawatankuasa Sebutharga B akan diadakan seperti berikut: 

 

Nota:

Tarikh yang dinyatakan dalam jadual ini merupakan perancangan dan tarikh jangkaan sahaja. Pihak urus setia akan mengemukakan notis mesyuarat kepada ahli sekiranya mesyuarat akan diadakan.Sebarang perubahan pada tarikh tersebut akan dimaklumkan kemudian

Updated:: 08/01/2020 [aini_abd]

MEDIA SHARING

BURSAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3501
03-86560160
C1591371483