BENGKEL SISTEM PERMOHONAN PEMBELIAN (eRO) UNTUK PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ) | BURSAR OFFICE
» ACTIVITIES » BENGKEL SISTEM PERMOHONAN PEMBELIAN (eRO) UNTUK PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ)

ACTIVITIES

Event Title
BENGKEL SISTEM PERMOHONAN PEMBELIAN (eRO) UNTUK PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ)
Date
16 Jan 2018 - 16 Jan 2018
Time
09.00 - 05.00
Location
Makmal EXA dan ZETA, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor
Event Summary
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Dimaklumkan bagi tujuan pengenalan sistem, Pejabat Bursar akan mengadakan bengkel kepada wakil-wakil PTJ yang terlibat dengan urusan permohonan pembelian pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-

Tarikh: 16 Januari 2018 (Selasa)
Masa: 9.00 pagi - 1.00 tengahari (Sesi 1)
2.00 petang- 5.00 petang (Sesi 2)
Tempat: Makmal EXA dan ZETA, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor

Sehubungan itu, mohon Ketua PTJ untuk menamakan dua (2) orang wakil PTJ yang berkenaan untuk menghadiri taklimat ini.

Disertakan Lampiran 1-Senarai Profil Pengguna (boleh dimuat turun dalam laman web Pejabat Bursar) dan Lampiran 2-Agihan Senarai PTJ untuk dilengkapkan. Mohon membuat pengesahan kehadiran dengan mengemukakan Lampiran 1 yang telah lengkap selewat-lewatnya 11 Januari 2018.

Sebarang pertanyaan atau penjelasan lanjut berkenaan bengkel ini, sila hubungi ​Bahagian Kewangan Pengurusan Perolehan ditalian 03 - 89466214/6239/6218/6224.

Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Datuk/Dato'/Datin Paduka/Datin/Tuan/Puan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Updated:: 23/01/2018 [mi_junaidah]

MEDIA SHARING

BURSAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-89466208 (Pej.Am)
03-86560160