HKIP 2019:Lonjakan Semangat Kemenangan 400% | PEJABAT BURSAR
» BERITA » HKIP 2019:Lonjakan Semangat Kemenangan 400%

HKIP 2019:Lonjakan Semangat Kemenangan 400%

SERDANG-22 NOVEMBER 2019: Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan Universiti Putra Malaysia 2019 dengan tema Kreativiti Disemai Inovasi Dituai di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menyaksikan sebanyak 14 hadiah dan anugerah yang dipertandingkan seperti berikut:

Bil

Nama Hadiah/Anugerah

1

Hadiah Mencipta Tema

2

Hadiah Idea Inovasi

3

Hadiah Sudut Bacaan Read@Uni

4

Anugerah Pengurusan Lean

5

Anugerah Kumpulan Inovatif & Kreatif

6

Anugerah Inovasi Perkhidmatan

7

Anugerah Pengurusan Laman Web

8

Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat kerja (5S/EKSA)

9

Anugerah Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

10

Anugerah Indeks Akauntabiliti Pengurusan Aset

11

Hadiah Pertandingan Delegasi Kreatif Antara PTJ

12

Hadiah Pertandingan Koir Antara PTJ

13

Anugerah Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran

14

Anugerah Mutiara Kualiti dan Inovasi Naib Canselor

 

Pejabat Bursar telah menunjukkan semangat yang sangat tinggi dengan menyertai 10 daripada 14 anugerah/hadiah tersebut dan berjaya memenangi 4 hadiah/anugerah tersebut. Lonjakan kemenangan 400% berbanding HKIP 2018 menunjukkan semangat dan komitmen yang sangat tinggi telah ditunjukkan oleh semua staf Pejabat Bursar pada tahun ini.

Antara hadiah/anugerah yang disertai dan/atau dimenangi oleh Pejabat Bursar pada HKIP tahun ini ialah seperti berikut:

Bil

Nama Hadiah/Anugerah

Tempat

1

Hadiah Mencipta Tema

Penyertaan (4borang)

2

Hadiah Sudut Bacaan Read@Uni

Ketiga

3

Anugerah Inovasi Perkhidmatan

Kedua

4

Anugerah Pengurusan Laman Web

Penyertaan

5

Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat kerja (5S/EKSA)

Kedua

6

Anugerah Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Penyertaan

7

Anugerah Indeks Akauntabiliti Pengurusan Aset

Penyertaan

8

Hadiah Pertandingan Delegasi Kreatif Antara PTJ

Penyertaan

9

Hadiah Pertandingan Koir Antara PTJ

Busana Terbaik

10

Anugerah Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran

Penyertaan

 

Pejabat Bursar juga turut menampilkan jambangan bunga yang digubah khas oleh Team Rakan Bakti Putra (RBP) untuk setiap anugerah yang dimenangi.

Tuan Bursar ,Tuan Haji Zulkiflee Othman melahirkan rasa syukur dan berbangga dengan pencapaian Pejabat Bursar hasil komitmen dan kesungguhan semua peringkat .‘’Tahniah semua. We made our presence felt at UPM. Bursar boleh’’ ujar beliau hari ini.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Pejabat Bursar dan semoga komitmen dan usaha berterusan ini menjadi penyebar semangat kepada semua staf dalam apa jua perkara yang dilakukan di UPM

 

Tarikh Input: 29/11/2019 | Kemaskini: 29/11/2019 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXFBCAK~