PENILAIAN MENDEBARKAN PERTANDINGAN KIBAR JALUR GEMILANG DI PEJABAT BURSAR | PEJABAT BURSAR
» BERITA » PENILAIAN MENDEBARKAN PERTANDINGAN KIBAR JALUR GEMILANG DI PEJABAT BURSAR

PENILAIAN MENDEBARKAN PERTANDINGAN KIBAR JALUR GEMILANG DI PEJABAT BURSAR

Serdang, 29 Ogos 2022 – Penilaian pertandingan Kibar Jalur Gemilang di Pejabat Bursar pada 24 ogos 2022 oleh para juri dimulai dengan imbasan perjalanan menuju kemerdekaan oleh Pengerusi Majlis bermula dengan  Perjanjian  London. Perjanjian ini adalah penting kerana in merupakan titik tolak kepada kemerdekaan yang kita capai sekarang. Satu persidangan yang dinamakan Persidangan Malaya Merdeka bagi menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu telah diadakan di  London. Rombongan menuntut kemerdekaan Malaya ini diketuai oleh Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Hasil daripada Persidangan Malaya Merdeka tersebut, Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang juga dikenali sebagai Perjanjian London telah ditandatangani pada 8 Februari 1956 London. Pada 20 Februari 1956, Rombongan Merdeka telah selamat kembali ke Tanah Melayu. Kepulangan mereka telah disambut dengan meriah dalam satu perhimpunan besar-besaran yang telah diadakan di Melaka. Tunku Abdul Rahman Putra kemudiannya telah mengisytiharkan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

 

Tayangan video pengisytiharan kemerdekaan selama beberapa minit membawa para juri dan staf serta penonton melalui semula zaman penuh bersejarah ini. Sketsa pendek penuh semangat dan suasana penuh keharuan telah dipersembahkan oleh staf Pejabat Bursar di ruang legar Pejabat Bursar iaitu di sudut Book Café yang baharu sahaja dirasmikan oleh Puan Bursar. Sketsa yang memaparkan Tunku Abdul Rahman (dilakonkan oleh Encik Wan Mohd Zahid) pulang dari Melaka selepas membuat pengisytiharaan Kemerdekaan pada 20 Febuari 1956  dimana waktu itu kepulangan beliau ke rumahnya  telah disambut oleh isteri (dilakonkan oleh Puan Farhanie) dan juga orang kampung.

 

Tepukan gemuruh diberikan kepada pelakon-pelakon oleh penonton-penonton yang terdiri daripada staf Pejabat Bursar yang menonton secara fizikal dan yang mengikuti secara lansung daripada Facebook Pejabat Bursar.

 

Selain itu, juri dipaparkan dengan video ucapan interpretasi semangat kemerdekaan daripada beberapa staf Pejabat Bursar.

 

Selepas paparan video tersebut, para juri dibawa melawat ruang semarak merdeka hasil kerja warga bursar yang menggunakan semua barang kitar semula untuk projek jalur gemilang  seterusnya perasmian gimik pelancaran Semarak Merdeka Pejabat Bursar 2022 oleh Bursar UPM, Hajjah Izariahwati Mohd Isa.

 

Penjurian diakhiri dengan video nyanyian oleh arwah Sudirman Haji Arshad bertajuk 31 Ogos yang disambut penuh gemuruh oleh staf Pejabat Bursar. Semoga kemenangan adalah milik Pejabat Bursar kali ini

Tarikh Input: 30/08/2022 | Kemaskini: 30/08/2022 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXEeLAL~