SERDANG-12 NOVEMBER 2019: Sempena Konvokesyen Universiti Putra Malaysia kali Ke 43 ini, Rakan Bakti Putra dengan kerjasama Pejabat Bursar telah mengambil inisiatif terkini dengan menawarkan perkhidmatan menggosok jubah konvokesyen pelajar yang akan menaiki pentas mulai 16-19 November ini.
Sempena hari pengambilan jubah pada 9-10 November 2019, RBP dan Pejabat Bursar telah menggunakan peluang ini untuk menawarkan perkhidmatan menggosok jubah terus kepada pelajar yang mengambil jubah pada hari yang sama. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan memandangkan jubah yang diterima oleh pelajar kebanyakkannya dalam keadaan yang berlipat.
Perkhidmatan ini diterajui oleh 13 pelajar dan 5 staf Pejabat Bursar dengan kekuatan peralatan sebanyak 7 seterika yang terdiri daripada seterika jenis wap dan jenis kering. Perkhidmatan ini akan diadakan di 2 lokasi yang berbeza iaitu:
Tarikh : 9-11 November 2019
Masa : 9.00 pagi-4.00 petang
Lokasi : Dewan Akademik
Tarikh : 16-19 November 2019
Masa : 9.00 pagi-4.00 petang
Lokasi : Bersebelahan Dewan Besar
Perkhidmatan hari pertama menyaksikan seramai 111 pelanggan telah mendapatkan perkhidmatan dan semuanya memberikan komen yang sangat memuaskan hati. Pada hari pertama juga, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) turut mencuba perkhidmatan ini. Tuan Bursar iaitu Haji Zulkiflee Othman turut hadir pada hari kedua untuk memberikan sokongan dan dorongan kepada pelajar dan staf yang terlibat. Bilangan keseluruhan jubah yang telah digosok untuk tempoh 3 hari adalah sebanyak 224 helai.
Perkhidmatan ini akan diteruskan pada masa akan datang memandangkan permintaan adalah tinggi dan sangat relevan dengan masa dan lokasi yang bersesuaian
Tarikh Input: 12/11/2019 | Kemaskini: 12/11/2019 | aini_abd
BANGUNAN CANSELORI PUTRA, ARAS 2, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400, UPM SERDANG, SELANGOR.