HISTORY HUNT–THE JOURNEY THROUGH HISTORY | BURSAR OFFICE
» NEWS » HISTORY HUNT–THE JOURNEY THROUGH HISTORY

HISTORY HUNT–THE JOURNEY THROUGH HISTORY

SERDANG, 07 Jun 2023 – Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM telah menganjurkan satu pertandingan ‘History Hunt–The Journey Through History’  diperingkat UPM bersempena Hari Arkib Antarabangsa. Sambutan Hari Arkib Antarabangsa ini adalah merupakan anjuran kali kedua yang dijalankan di peringkat UPM. pertandingan ini dianjurkan bagi menguji pengetahuan peserta mengenai tempat-tempat bersejarah  di kawasan kampus Serdang. Penyertaan terbuka kepada staf dan pelajar UPM terdiri daripada maksimum 4 orang dalam satu kumpulan.  Hadiah-hadiah yang disediakan berupa sijil penyertaan, wang tunai bernilai dari RM30 hingga ke RM125 dan bakul hadiah.

Sebanyak 7 kumpulan telah menyertai pertandingan tersebut. Pejabat Bursar telah menghantar satu kumpulan yang diwakili Oleh En. Mohd Asri bin Abdullah, En. Mohamad Halim bin Mohamad Wahab, Noor Mahfuzah bt. Marhalim dan Nur Maizurida bt. Ibrahim. Bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari, setiap kumpulan dikehendaki mendapatkan petunjuk di lima lokasi sekitar UPM. Bagi mendapatkan petunjuk yang membawa kepada lokasi seterusnya, setiap kumpulan perlu menyelesaikan tugasan atau menjawab soalan yang diberikan oleh petugas di setiap lokasi. Penyelesaian tugasan dan jawapan yang betul dalam tempoh masa yang terpantas diambil kira dalam penilaian pemenang.

Sesi penyampaian hadiah dilakukan pada 9 jun 2023 bersempena hari terakhir sambutan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat UPM Tahun 2023. Pejabat Bursar telah berjaya membolot tempat pertama dan menjadi juara bagi pertandingan tersebut. Tempat kedua dimenangi oleh kumpulan dari Perpustakaan Sultan Abdul Samad dan tempat ketiga dari Fakulti Sains.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta kumpulan yang bekerja keras bagi mendapatkan kemenangan bagi Pejabat Bursar. Diharapkan penganjuran pertandingan seperti ini pada masa-masa mendatang akan membakar minat dan membawa manfaat kepada semua.

 

Date of Input: 13/06/2023 | Updated: 13/06/2023 | aini_abd

MEDIA SHARING

BURSAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXEcAAw~