Tiga Sekeluarga Tinggal Sehelai Sepinggang | PEJABAT BURSAR
» BERITA » Tiga sekeluarga tinggal sehelai sepinggang

Tiga sekeluarga tinggal sehelai sepinggang

JARINGAN KOMUNITI KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN PEJABAT BURSAR (KSKB)

Serdang Jaya - 12 Februari 2020 : Tanggal 5 Februari 2020, telah berlaku insiden kebakaran melibatkan enam buah rumah di Jalan Raya 6, Serdang Jaya. Dalam kejadian pada petang itu, kebakaran melibatkan 6 buah rumah semuanya tetapi difahamkan 3 buah rumah hangus terbakar dan penghuninya tinggal sehelai sepinggang. Namun tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan.

Tiga keluarga yang rumah mereka tidak dapat diselamatkan telah ditempatkan sementara di Balai Masyarakat , Serdang Jaya, Seri Kembangan.

Ekoran daripada insiden tersebut, Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Bursar (KSKB) telah mengambil inisiatif untuk membuat kutipan derma berupa wang tunai dan sumbangan pakaian serta peralatan terpakai daripada kakitangan Pejabat Bursar untuk membantu meringankan beban mangsa kebakaran. Sumbangan berupa wang tunai juga diperuntukkan melalui dana KSKB sendiri. Derma dan sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh beberapa orang wakil KSKB yang turut disertai oleh Pengerusi KSKB iaitu Encik Mohd Hafiz bin Amrullah kepada mangsa kebakaran pada 12 Februari 2020.

Semoga infaq dan keprihatinan kakitangan Pejabat Bursar yang telah memberi sumbangan itu sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mangsa-mangsa kebakaran yang terlibat.

Tarikh Input: 13/02/2020 | Kemaskini: 13/02/2020 | azizal

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3501
03-86560160
C1591377773