SOALAN LAZIM | PEJABAT BURSAR
» SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

PEMBEKAL
1
Bagaimanakah proses pendaftaran pembekal/syarikat dilakukan?

Proses pendaftaran syarikat boleh dibuat dengan mengisi Borang Pendaftaran Syarikat-OPR/BUR/BR004/BUY.


PELAJAR
2
Di manakah lokasi Kaunter Khidmat Pelanggan,  Pejabat Bendahari III, UPM?

Lokasi :- d/a Aras Bawah, Bangunan Canselori Putra
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang Selangor Google Maps

3
Bagaimana cara untuk  menyemak kadar yuran semasa atau yuran tertunggak?

Pelajar  boleh menyemak kadar yuran dengan berurusan terus di Kaunter Khidmat  Pelanggan, Bendahari III atau melayari web portal pelajar ijazah /  diploma di http://www.psp.upm.edu.my/ atau layari portal Sekolah Pengajian Siswazah di http://www.sgs.upm.edu.my/ untuk pelajar Master/Phd (posgrad).

4
Bagaimana  cara untuk menjelaskan yuran pengajian?
5
Bagaimana sekiranya mempunyai tunggakan yuran pengajian ?

Sekiranya pelajar mempunyai tunggakan  yuran semester, pendaftaran kursus untuk
semester akan datang akan  disekat. Pelajar perlu menjelaskan yuran terlebih dahulu
atau berhubung  terus di Kaunter Khidmat Pelanggan, Bendahari III. Slip keputusan
peperiksaan semester akan ditahan sekiranya mempunyai tunggakan yuran.

6
Bagaimana proses untuk mengemaskini maklumat penaja?

Pelajar  ijazah/diploma perlu merujuk di Pejabat Hal Ehwal Pelajar atau bagi  pelajar Master/PhD di Sekolah Pengajian Siswazah untuk mengemaskini  maklumat penaja.

7
Bagaimana status yuran sekiranya pelajar menangguh atau berhenti daripada pengajian pada semester semasa?

Pelajar akan dikenakan yuran penuh sekiranya menangguh atau berhenti daripada
pengajian selepas 2 minggu dari tarikh pendaftaran semester semasa.

8
Sekiranya pelajar telah mempunyai tajaan dan pada semester yang sama  pelajar ditawarkan tajaan lain, bolehkah pelajar menerima tajaan  tersebut tanpa menolak tajaan sedia ada?

Tidak boleh. Pelajar hanya dibenarkan mempunyai satu  penaja sahaja sama ada tajaan berbentuk biasiswa / pinjaman /saguhati.

9
Berapa lama untuk memproses  pembayaran balik yuran pelajar atau bayaran biasiswa/pinjaman penaja?

Proses  pembayaran kepada pelajar adalah dalam tempoh 7 hari bekerja dari  tarikh pelajar layak dibayar.

10
Bagaimana cara untuk mendapatkan bayaran balik yuran asrama /  pengangkutan bas / meal plan / yuran pengajian?

  • Yuran Asrama - Sila dapatkan surat pengesahan  menginap di luar kampus di Pejabat Am Kolej.
  • Yuran Bas - Sila dapatkan surat kelulusan  pengecualian pengangkutan bas di Bahagian 
    Hal Ehwal Pelajar.
  • Meal Plan - Sila dapatkan surat pengesahan baki  kad makan di Kaunter Koperasi, 
    Pejabat Bendahari III atau kelulusan pengecualian kad makan di Bahagian Hal Ehwal Pelajar.
  • Yuran Pengajian - Sila dapatkan surat  pengesahan status pengajian samada bergraduat/ 
    berhenti/menangguh di  Pejabat Akademik atau Sekolah Pengajian Siswazah    
  •  

    11
    Bilakah bayaran biasiswa / pinjaman / elaun GRF  (Master/PhD) diiterima oleh pelajar ?

  • Pelajar boleh mendapatkan makluman pembayaran  biasiswa/pinjaman untuk semester semasa dengan menghubungi penaja.  Kebiasaannya penaja akan membuat bayaran kepada Pejabat Bendahari 3  minggu sebelum / selepas pendaftaran semester bermula.
  • Bayaran Elaun GRF akan dikredit ke akaun pelajar pada setiap akhir bulan 
    berdasarkan tempoh perjanjian yang ditetapkan.
  • 12
    Bagaimana bayaran yuran untuk pelajar Master/Phd yang mendapat SLAB JPA, KPM, KPTM atau MARA?

    Pelajar perlu menyerahkan surat tawaran penaja di Kaunter Pelanggan, Pejabat Bendahari III untuk membuat tuntutan yuran kepada penaja.

    13
    Bolehkah pelajar membuat permohonan pengeluaran caruman KWSP ibubapa sekiranya mempunyai tajaan seperti PTPTN, JPA, MARA atau tajaan lain pada semester semasa?

    Permohonan pengeluaran KWSP dikira sebagai tajaan dan sekiranya pelajar masih ingin membuat pengeluaran tersebut, pelajar perlu membuat penolakan tajaan sedia ada.

    14
    Bagaimanakah proses permohonan pengeluaran caruman KWSP?

    Pelajar UPM  berstatus warganegara Malaysia boleh membuat permohonan e-Pengeluaran Pendidikan KWSP untuk membiayai yuran pengajian. e-Pengeluaran Pendidikan merupakan penghantaran permohonan secara dalam talian melalui laman web KWSP bagi ahli yang mempunyai i-Akaun.  Sila rujuk pautan-pautan berikut:
    http://www.kwsp.gov.my/portal/documents/10180/178612/DE_Member_submission_-_pay_to_IPT___self__BM__09032017.pdf Jika ada sebarang kemusykilan, sila layari http://enquiry.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000


    KAKITANGAN
    15
    Siapakah yang layak memohon skim pinjaman UPM?

    Semua staf yang berstatus tetap layak untuk memohon skim pinjaman UPM.

    16
    Bagaimanakah semakan status pembayaran boleh dilakukan?

    Sila lawati laman web berikut : http//:epay2u.upm.edu.my atau menghubungi zon/seksyen kewangan yang berkenaan.

    17
    Bagaimanakah cara tuntutan staf dapat dibuat?

    Tuntutan staf dapat dibuat melalui sistem e claim.


    LAIN-LAIN
    18
     Bagaimanakah proses pendaftaran ID untuk bayaran kepada Persatuan/Seminar(selain dari pembekal dan staf)?

    Lengkapkan borang Pendaftaran ID Individu (SOK/KEW/BR001/BUY)

    19
    Bagaimanakah Pusat Tanggung Jawab dapat menyemak baki vote terkini ?

    Sila layari laman web http://epay2u.upm.edu.my/bajetptj/


    HASIL
    20
    Bagaimana cara untuk mengeluarkan invois bagi penghutang

     Lengkapkan Borang  Arahan Pengeluaran Invois /Pelarasan Antara PTJ (SOK/KEW/BR045/AKN

    21
    Apakah fungsi   Bil Tunai dan siapa yang boleh mengeluarkannya  ?

    Bil tunai berfungsi sebagai dokumen akuan terimaan rasmi bagi kutipan hasil di UPM.Bil tunai hanya boleh dikeluarkan oleh pegawai yang diberi kuasa oleh Ketua Pusat Tanggungjawab melalui pengeluaran surat perwakilan kuasa.

    22
    Bagaimanakan cara mendapatkan terimaan hasil  daripada peserta untuk sesuatu aktiviti yang dijalankan?

    Terimaan tunai  boleh dibuat dengan beberapa cara iaitu :
    a) Melalui bil tunai yang dikeluarkan oleh pegawai yang diberi kuasa di PTJ.
    b) Kaunter Pejabat Bendahari III, Bangunan Pentadbiran, UPM.
    c) Menghantar cek/wang pos/kiriman wang/bank draf atas nama Bendahari Universiti Putra Malaysia bersama-sama dokumen sokongan ke alamat :
    Seksyen Pengurusan Hasil , Pejabat Bursar, Tingkat 2, Bangunan Pentadbiran Universiti Putra Malaysia43400 Serdang Selangor Darul Ehsan
    d) Membuat bayaran di mana-mana kaunter Bank CIMB atau pindahan antara bank.
    Nama akaun : Universiti Putra Malaysia. No akaun : 12150005004050.
    Bukti pembayaran perlu dikepilkan dan diposkan kepada alamat di atas.
    e) Membuat bayaran melalui kad kredit samada di kaunter atau menggunakan borang Kebenaran Debit Terus (Direct Debit) yang boleh diperolehi daripada laman web Pejabat Bendahari.

    Kemaskini:: 12/10/2018 [mi_junaidah]

    PEJABAT BURSAR
    Universiti Putra Malaysia
    43400 UPM Serdang
    Selangor Darul Ehsan
    03-97696208/ 3501
    03-86560160
    B1566458813