KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN, BENDAHARI 3 | PEJABAT BURSAR bursar
» PERKHIDMATAN » PERKHIDMATAN KAUNTER » KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN, BENDAHARI 3

KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN, BENDAHARI 3

PERKHIDMATAN KAUNTER PELANGGAN PEJABAT BURSAR 3, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Kaunter ini menyediakan perkhidmatan menerima bayaran secara atas talian atau tunai bagi kutipan hasil Pusat Tanggungjawab (PTJ), termasuk pelarasan pinjaman kenderaan dan komputer.

 

PERKHIDMATAN KAUNTER SEKSYEN KEWANGAN PELAJAR, PEJABAT BURSAR 3, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Pejabat Bursar 3 komited mendukung inisiatif Cashless Campus (Kampus Tanpa Tunai) selaras dengan aspirasi universiti ke arah pendigitalan perkhidmatan.

Semua urusan pembayaran yuran pengajian di kaunter dilaksanakan sepenuhnya secara tanpa tunai (cashless).

Inisiatif ini bertujuan untuk:
✅ Menyediakan perkhidmatan yang lebih efisien dan sistematik kepada pelajar
✅ Mempercepatkan dan memudahkan urusan transaksi pembayaran
✅ Menjamin keselamatan serta rekod transaksi yang telus

 

 Kaedah Pembayaran Diterima:

  • Perbankan Internet (JOMPAY)
  • PayGate UPM
  • FLYWIRE – Transaksi Pelajar Luar Negara

Urusan Perkhidmatan Lain di Kaunter:

  • Semakan lejar yuran pelajar.
  • Urusan berkaitan Biasiswa/Pinjaman Penaja
    • Urusan Bayaran Balik Yuran Pengajian (pelajar berhenti, tangguh, gagal atau diberhentikan)
    • Urusan berkaitan Caj Kolej Kediaman
    • Pengesahan Borang Bergraduat , Borang Berhenti Pengajian dan Borang Pemberitahuan Penghantaran Tesis

 

Waktu Operasi Kaunter:
Isnin – Khamis
9.00 pagi – 1.00 petang
2.00 petang – 4.30 petang

Jumaat
9.00 pagi – 12.15 tengah hari
2.45 petang – 4.30 petang

 

📍 Lokasi: Pejabat Bursar 3, Universiti Putra Malaysia

Peta Lokasi

Kemaskini:: 23/01/2026 [azizal]

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6208 / 3515
03-86560160
X, (01:54:10pm-01:59:10pm, 02 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]