Serdang, 24 Mei 2024: Sempena Pelaksanaan Anugerah Kualiti dan Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran – Hari Kualiti & Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM 2023/2024 dibawah Pengurusan Bintang Pentadbiran Komponen Transformasi dan Sub Komponen Kelestarian Hijau (Peneraju Jawatankuasa Kelestarian Hijau Kampus) dan Jawatankuasa Kecil Kelestarian Hijau, Pejabat Bursar telah mengadakan aktiviti gotong royong tanaman semula pokok kawasan pejabat bagi menyokong kelestarian hijau. Tempoh pelaksanaan HKIP ini adalah bermula pada 1 Ogos 2023 sehingga 31 Julai 2024.
Tujuan gotong royong ini adalah bagi penanaman semula pokok-pokok dengan membersihkan rumput menjalar di sekitar tanaman dalam pasu dan juga ruang tanaman bagi tanaman pokok bunga dan sayuran di sekitar Bahagian Pengurusan Operasi Berpusat (BPOB). Gotong - royong ini melibatkan hampir 25 orang staf daripada setiap bahagian dan seksyen yang memberikan sepenuh kerjasama bagi memastikan aktiviti ini berjalan dengan lancar dan kawasan yang dibersihkan dapat ditanam dengan pokok yang baharu.
Aktiviti gotong royong ini dimulakan dengan aktiviti regangan bagi memberi semangat dan kesegaran setelah penat menghadapi tugas hakiki dan ianya sekaligus memberi peluang kepada staf untuk bekerjasama dan bermain dengan alam. Kemudian semua staf terlibat menikmati sedikit juadah pagi yang disediakan bagi memberi tenaga sebelum gotong royong dimulakan.
Kebanyakan staf lelaki membersihkan/merumput di kawasan yang memerlukan tenaga bagi merumput dan mencangkul tanah bagi tanaman semula pokok bunga yang di kelilingi oleh botol-botol mineral terpakai. Penanaman semula pokok-pokok dan pembersihan kawasan pejabat menjadi fokus utama aktiviti ini, yang merupakan langkah penting dalam menjaga kehijauan dan menyokong matlamat kelestarian UPM. Melibatkan hampir 25 orang staf dari pelbagai bahagian dan seksyen, aktiviti ini menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap penjagaan alam sekitar.
Selain meningkatkan kecantikan landskap pejabat, penglibatan semua staf juga membina semangat kerjasama dalam kalangan ahli pekerja. Projek-projek lain yang dirancang, seperti penggunaan air hujan untuk menyiram tanaman dan penciptaan sudut Laman Terapi, menunjukkan komitmen yang berterusan dalam mencipta persekitaran pejabat yang lebih mesra alam.
Inisiatif seperti ini bukan sahaja memberi manfaat kepada alam sekitar, tetapi juga kepada kebajikan dan kesejahteraan staf
Gotong royong selesai pada jam 11.00 pagi dan semua yang dirancang dapat diselesaikan dengan jayanya.




Tarikh Input: 31/05/2024 | Kemaskini: 31/05/2024 | aini_abd

BANGUNAN CANSELORI PUTRA, ARAS 2, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400, UPM SERDANG, SELANGOR.