UPM SERDANG, 21 Julai 2026 – Bahagian Kewangan Pengurusan Perolehan, Pejabat Bursar Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Sesi Taklimat dan Latihan Penggunaan CS Mapper (format dalam sistem perolehan Tender Wizard) khas kepada pentadbir sistem, pihak urusetia serta Unit Perolehan Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS).
Sesi taklimat dan latihan berlangsung di Bilik Latihan Exa, Infoprot, Institut Teknologi Maju dan Digital (IDEC), UPM ini diadakan bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran peserta dalam penggunaan sistem CS Mapper, khususnya dalam menyokong pengurusan serta pelaksanaan proses perolehan pembelian terus, sebut harga dan tender secara lebih sistematik dan berkesan. Taklimat ini disampaikan oleh wakil Tender Pintar Sdn Bhd iaitu Cik Suraya dan Encik Yugeneswaran yang sememangnya sangat berpengalaman dengan penyediaan templat baharu ini
Taklimat dan latihan yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang turut menyediakan ruang kepada peserta untuk mendapatkan penjelasan dan pendedahan secara langsung daripada wakil sistem perolehan Tender Wizard berkaitan fungsi dan penggunaan sistem melalui sesi taklimat ini.
Penganjuran sesi ini mencerminkan komitmen berterusan UPM dan syarikat Tender Pintar dalam memperkukuh pendigitalan proses kerja dan meningkatkan kecekapan pengurusan perolehan melalui penggunaan teknologi serta sistem yang bersesuaian. Diharapkan usaha ini dapat menyokong kelancaran pelaksanaan proses perolehan serta memperkukuh keupayaan warga kerja dalam mengadaptasi sistem digital bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan.

Tarikh Input: 23/07/2026 | Kemaskini: 23/07/2026 | aini_abd

BANGUNAN CANSELORI PUTRA, ARAS 2, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400, UPM SERDANG, SELANGOR.