KSKB ANJUR PROGRAM TAJAAN DAN SUMBANGAN-KASIH RAMADHAN 1442H | PEJABAT BURSAR
» BERITA » KSKB ANJUR PROGRAM TAJAAN DAN SUMBANGAN-KASIH RAMADHAN 1442H

KSKB ANJUR PROGRAM TAJAAN DAN SUMBANGAN-KASIH RAMADHAN 1442H

SERDANG- 10 MEI 2021 : Kelab Sukan Dan Kebajikan Pejabat Bursar (KSKB) menyantuni anak-anak yatim dan golongan orang-orang tua di dua (2) buah lokasi pada 6 Mei 2021 sebagai salah satu program wajib setiap tahun di bulan Ramadhan. Program yang diberi nama Program Tajaan & Sumbangan - Kasih Ramadhan 1442H ini mendapat sambutan sangat memberansangkan daripada semua staf Pejabat Bursar apabila berjaya membuat kutipan sebanyak RM1,860 di mana tabung kutipan telah dibuka kepada semua staf Pejabat Bursar mulai 28 April 2021 sehingga 5 Mei 2021.  

Penyaluran sumbangan telah dibuat kepada Rumah Bakti Nur Ain Bangi dan Jagaan Nur Hasanah Beranang dengan pengagihan seperti berikut:

  • Tajaan Makanan KFC untuk juadah berbuka kepada 26 orang anak yatim dan 7 orang penjaga
  • Pemberian duit raya kepada 26 orang anak yatim
  • Sumbangan Hamper kepada Pengurusan RumahBakti Nur Ain 
  • Tajaan Sahur dan Moreh untuk 3 hari kepada 25 orang-orang tua Pusat Jagaan Nur Hasanah

 

Lawatan oleh beberapa Ahli Jawatankuasa KSKB termasuk pengerusi KSKB iaitu Encik Mohd Hafiz bin Amrullah pada 7 Mei 2021 yang bermula pada jam 2.30 petang itu, disambut meriah oleh pihak Rumah Bakti Nur Ain Bangi dengan  pematuhan ketat SOP tetap diutamakan semasa lawatan tersebut dimana anak-anak yatim hanya dibenarkan berkumpul dari jarak jauh.  

Serahan duit raya untuk anak-anak yatim dibuat kepada penjaga rumah tersebut, manakala penghantaran juadah berbuka puasa iaitu set makanan KFC dihantar kepada warga Rumah Bakti Nur Ain oleh "KFC delivery" dibuat pada malam tersebut.

Pindahan wang secara elektronik juga telah dibuat kepada akaun Pusat Jagaan Nur Hasanah untuk tajaan sahur dan moreh kepada penghuni di situ.

Semoga dengan berkat sumbangan ikhlas ini khususnya kepada orang-orang yang memerlukan, serta dengan keberkatan bulan Ramadhan yang mulia, insyaAllah, Allah S.W.T melipat gandakan pahala, murahkan rezeki dan memelihara ahli keluarga staf Pejabat Bursar dari bala dunia dan akhirat...amin...

 

Tarikh Input: 15/05/2021 | Kemaskini: 17/05/2021 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXEYNAy~