LAWATAN PENANDA ARAS SISTEM KEWANGAN OLEH SPRM | PEJABAT BURSAR
» BERITA » LAWATAN PENANDA ARAS SISTEM KEWANGAN OLEH SPRM

LAWATAN PENANDA ARAS SISTEM KEWANGAN OLEH SPRM

Serdang, 25 Mac 2024 – Universiti Putra Malaysia telah menerima pensijilan Pematuhan SAGA pada tahun 2018 dan lawatan susulan yang dibuat oleh pihak Jabatan Akauntan Negara (JAN) pada tahun 2021 telah mengekalkan taraf pensijilan tersebut kepada pihak UPM. Pengiktirafan ini sangat penting kepada UPM umumnya dan kepada warga Pejabat Bursar khususnya kerana ini membuktikan bahawa sistem kewangan yang digunapakai untuk merekod, memproses dan seterusnya menyediakan Penyata Kewangan tahunan universiti adalah boleh dipercayai dan melepasi semua kriteria yang ditetapkan oleh pihak JAN. Proses mendapatkan pengiktirafan ini juga melibatkan infrastruktur serta dokumentasi oleh pihak Pusat Telekomunikasi dan xx UPM selain tindakan dan dokumentasi di Pejabat Bursar

Lanjutan daripada itu, satu lawatan penanda aras telah diadakan oleh pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah , Putrajaya yang diwakili oleh 3 pegawai untuk mendapatkan maklumat serta berkongsi pengetahuan berkenaan penggunaan sistem kewangan ini di Pejabat Bursar. Kehadiran pegawai-pegawai ini disambut oleh 10 orang staf Pejabat Bursar yang terdiri daripada pelbagai seksyen untuk memberikan penerangan proses mulai daripada proses perolehan sehingga pengeluaran Electronic Fund Transer (EFT) dan cek.

 

Perkongsian maklumat dan isu berhubung penggunaan sistem ini juga turut dibincangkan bersama bagi mendapatkan pandangan dan maklumbalas daripada agensi masing-masing. UPM turut membentagkan berkenaan penggunaan sistem GRP yang mula digunapakai di UPM mulai 15 Januari 2024 bagi menggantikan sistem kewangan SAGA yang telah berumur melebihi 20 tahun. Lawatan yang bermula pada jam 9.30 pagi ini berlansung selama lebih 2 jam dan diakhiri dengan sesi fotografi di ruangan Sudut Bacaan ‘Read@Bursar’

Tarikh Input: 29/03/2024 | Kemaskini: 29/03/2024 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXEbRAb~