Cyberjaya, 16 Ogos 2025 – Malam penuh warna-warni, nostalgia dan gelak tawa. Itulah suasana yang dapat digambarkan sepanjang berlangsungnya Majlis Makan Malam Pejabat Bursar yang diadakan di Skyglass Designer Event Hall, Cyberjaya dengan tema unik – Retro iaitu tema yang sentiasa menjadi pilihan mana-mana agensi yang mengadakan majlis makan malam jabatan disebabkan tema yang ringkas tetapi sangat bergaya.
Seawal jam 7.30 malam, semua staf mula hadir dengan gaya retro masing-masing, lengkap dengan sesi bergambar menggunakan kamera 360°. Ketibaan tetamu VIP sekitar jam 8.00 malam menandakan bermulanya majlis dengan bacaan doa, ucapan perasmian serta jamuan makan yang meriah.
Pelbagai acara menarik disusun sepanjang malam termasuk pertukaran hadiah, tayangan video, pertandingan teka lagu retro serta persembahan istimewa daripada Panda I-Band yang membuatkan suasana semakin gamat.
Tidak ketinggalan, majlis turut memberi penghargaan kepada mereka yang tampil paling menyerlah menerusi anugerah Pakaian Lelaki Terbaik, Pakaian Perempuan Terbaik, Pakaian Kanak-kanak Terbaik dan juga Anugerah Persembahan.
Acara kemuncak malam ialah pertunjukan bunga api yang memukau, tepat jam 11.30 malam, menutup tirai majlis dengan penuh bergaya sebelum semua tetamu bersurai pada jam 12.00 tengah malam. Majlis makan malam ini bukan sahaja mengimbau kenangan era retro, tetapi juga mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan warga pejabat dalam suasana santai dan penuh keceriaan.
Tarikh Input: 27/08/2025 | Kemaskini: 27/08/2025 | aini_abd

BANGUNAN CANSELORI PUTRA, ARAS 2, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400, UPM SERDANG, SELANGOR.