NARATIF ILMU : IQRA: ARAHAN TERAGUNG | PEJABAT BURSAR
» BERITA » NARATIF ILMU : IQRA: ARAHAN TERAGUNG

NARATIF ILMU : IQRA: ARAHAN TERAGUNG

Serdang, 22 Mac 2024 – Satu program Naratif Ilmu Read@Bursar telah diadakan Jumaat petang yang lalu. ‘IQRA: ARAHAN TERAGUNG’ merupakan tajuk yang dipilih dan dikupaskan oleh Dr. Nik Farhan Mustapha, pensyarah kanan Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi, UPM.

Secara umumnya, Dr. Nik Farhan Mustapha membahagikan kecenderungan sifat insan  kepada empat sifat iaitu dengar, bercakap, baca dan tulis. Beliau mengaitkan peristiwa bersejarah di mana Rasulullah SAW menerima wahyu pertama apabila didatangi malaikat Jibril a.s. yang mengajar baginda membaca lima ayat pertama dalam surah al-Alaq yang dimulai oleh perkataan Iqra’. Beliau juga merujuk akan kepentingan membaca ini dari sebuah buku bertajuk The Power Of Reading hasil tulisan Stephen D. Krashen, 2004.

Beliau menegaskan, bahawa terdapat perbezaan di antara penulisan barat bahawa membaca itu sekadar bertujuan untuk memperoleh maklumat sahaja berbanding perspektif Islam yang lebih meluas iaitu  apabila kita membaca, harus diikuti oleh pemahaman, rasa dan amal. Beliau menyarankan supaya kita setelah membaca, mengambil manfaat dan pengajaran daripadanya dan beramal ke arah kebaikan.

Program Naratif Ilmu Read@Bursar selama satu jam tersebut diakhiri dengan nasihat dan galakan kepada semua hadirin untuk teruskan membaca bagi menimba ilmu serta beramal dengan ilmu yang bermanfaat daripadanya. Majlis naratif ilmu itu juga diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang teka silangkata hari Malaysia.

 

 

Tarikh Input: 31/03/2024 | Kemaskini: 31/03/2024 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXEeEAh~