NARATIF ILMU READ@BURSAR PEJABAT BURSAR (100 AYAT) | PEJABAT BURSAR
» BERITA » NARATIF ILMU READ@BURSAR PEJABAT BURSAR (100 AYAT)

NARATIF ILMU READ@BURSAR PEJABAT BURSAR (100 AYAT)

SERDANG, 09 Jun 2023 – Satu program Naratif Ilmu Read@Bursar telah diadakan Jumaat petang yang lalu. Buku yang terpilih bertajuk ‘100 ayat yang mampu mengubah hidup anda!’ hasil tulisan Eidi Mahendra. Buku tersebut telah dikupas oleh Ketua Bahagian Kewangan Pembangunan, Pn. Noraini Bt. Abdullah. Beliau telah mengupas isi kandungan buku tersebut dengan terperinci disertai bantuan paparan multimedia di layar putih.

“Buku ini secara khusus memuatkan 100 ayat yang mampu meledakkan tenaga maha dasyat di dalam jiwa dan fikiran anda untuk mengubah kehidupan gelap dan kelam anda menjadi seorang yang penuh bersyukur dan bermakna baik secara material mahupun mental. Ini adalah kajian al-Quran yang amat terkini, penuh optimisme dan harapan untuk hidup lebih baik bagi semua muslimin dan muslimat.”

Secara khususnya, buku ini terbahagi kepada 5 kandungan utama. Kupasan pertama adalah Kaya Harta, berkisar menjadi jutawan dunia dan meraih kekayaan tanpa batasan. Keduanya, Kaya Amal yang menjanjikan kehidupan abadi di syurga bersama bidadari jelita atau insan terpilih. Ketiga, Kaya Ilmu dimana ketinggian ilmu yang menembusi batas langit sehingga mampu membawa manusia menjejakkan kaki di bulan. Keempat, Kaya Hati yang mampu membawa insan berenang di samudera kedamaian. Kelima dan terakhir adalah Kaya Saudara yang merangkumi sikap taaruf, menjauhi prasangka, menghimpun kebaikan dan memelihara perhubungan sesama saudara, hingga membolehkan insan menjadi raja cinta.

Program Naratif Ilmu Read@Bursar diakhiri dengan nasihat dan saranan kepada semua yang ingin memperbaiki gaya hidup dan mempertingkat amalan seharian, supaya membaca dan mengambil manfaat ilmu dari 5 isi kandungan utama buku tersebut. Terus istiqamah dan asimilasi dengan kehidupan seharian bagi mengejar ‘jannah’ yang dicari.

Semoga program Naratif Ilmu Read@Bursar ini diteruskan lagi pada masa akan datang agar memberi kupasan yang jelas dan pemahaman yang mendalam terhadap buku bacaan yang terpilih. Semoga program ini terus memberikan manfaat buat semua warga Pejabat Bursar.

 

Tarikh Input: 18/06/2023 | Kemaskini: 18/06/2023 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXFDAAu~