PELUNCURAN BUKU MODUL PROFESSIONAL FINANCE FOR NON-FINANCE (PROFINOF) | PEJABAT BURSAR
» BERITA » PELUNCURAN BUKU MODUL PROFESSIONAL FINANCE FOR NON-FINANCE (PROFINOF)

PELUNCURAN BUKU MODUL PROFESSIONAL FINANCE FOR NON-FINANCE (PROFINOF)

KOMajlis peluncuran Buku Modul Professional Finance for Non-Finance atau singkatan namanya ProFiNoF pada 7 Mei 2024 pada jam 3.00 sehingga 4.00 petang di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Lebuh Enstek, Bandar Enstek Negeri Sembilan. Majlis ini telah diluncurkan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Norazharuddin Shah bin Abdullah-Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Bakat AKEPT mewakili Pengarah AKEPT YBrs. Prof. Dr. Harshita Aini binti Haroon. Majlis ini dijalankan semasa penutupan program Accelerated Dean's Leadership Program – AdeL yang disertai oleh Dekan / Pengarah / Timbalan Dekan / Timbalan Pengarah Universiti Awam.

 

Wakil Pejabat Bursar Yang Berusaha Puan Hajah Izariahwati Mohd Isa, bersama-sama Mantan Bursar UPM YBhg Dato Zulkiflee Othman telah menyerahkan Mock buku Modul ProFiNoF kepada YBrs. Prof. Madya Dr. Norazharuddin Shah bin Abdullah-Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Bakat AKEPT.

 

Makluman mengenai buku modul ini adalah hasil dan diterbitkan oleh pasukan Pegawai Kewangan, Pejabat Bursar Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT). ProFiNoF merupakan cetusan idea dari mantan Bursar UPM, iaitu Yang Berbahagia Dato’ Zulkiflee Othman. Buku modul ini bertujuan memberi pemahaman secara mudah kepada kumpulan Pengurusan Tertinggi Universiti Awam, dan sasarannya adalah dalam kalangan Pengurus Bukan Kewangan (Non Finance Managers) berkenaan tatakelola pengurusan kewangan. Dengan jangkaan, modul ini membantu pengurusan kewangan Universiti agar selari dengan piawaian Perbendaharaan Malaysia. Akhirnya, hasil kerjasama dan sokongan dari semua Universiti Awam bersama-sama AKEPT terutamanya, modul ProFiNoF dapat dizahirkan dengan lengkap.

 

 

Tarikh Input: 11/05/2024 | Kemaskini: 11/05/2024 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6208 / 3515
03-86560160
X, (07:37:42pm-07:42:42pm, 21 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]