PENGGUNAAN SECARA MELUAS SISTEM PEROLEHAN SECARA SEBUTHARGA/TENDER MELALUI TENDER WIZARD | PEJABAT BURSAR
» BERITA » PENGGUNAAN SECARA MELUAS SISTEM PEROLEHAN SECARA SEBUTHARGA/TENDER MELALUI TENDER WIZARD

PENGGUNAAN SECARA MELUAS SISTEM PEROLEHAN SECARA SEBUTHARGA/TENDER MELALUI TENDER WIZARD

SERDANG-12 Januari 2024: Pelaksanaan perolehan melalui Tender Wizard telah diaplikasikan di Hospital Pengajar UPM (kini dikenali sebagai Hospital Sultan Abdul Aziz-HSAS) mulai Mac 2021. Setelah lebih 2 tahun penggunaannya di HSAS, maka ia akan mula dilaksanakan di kampus induk UPM Serdang serta di UPM kampus Bintulu serentak dengan pelaksanaan Sistem Kewangan Putra Finance mulai 1 Januari 2024.

Selaras dengan itu, beberapa siri taklimat telah diadakan untuk vendor dan staf Pusat Tanggungjawab (PTJ) pada 3 - 4 Januari 2024, 9 Januari 2024 dan 11 Januari 2024 yang disampai terus oleh wakil Tender Pintar bagi tujuan pengisian templat dan akses sistem oleh pihak vendor.

Taklimat secara atas talian kepada vendor di UPM Kampus Serdang yang telah diadakan selama 2 hari iaitu pada 3 dan 4 Januari telah dihadiri oleh hampir 390 pembekal yang telah berdaftar dengan MyVendor UPM. Di dalam sesi ini, pembekal UPM akan diperkenalkan dengan sistem Tender Wizard dan dimaklumkan berkenaan perubahan kadar bayaran pendaftaran sekiranya ingin menyertai perolehan secara sebutharga dan tender yang akan dilaksanakan melalui sistem TW.  Selain itu, pembekal juga ditunjukkan cara untuk memberikan maklumbalas dokumen tawaran harga dan tawaran spesifikasi

Sesi bersama PTJ di Kampus Serdang dan Kampus Bintulu telah diadakan masing-masing pada 9 dan 11 Januari 2024 dan dihadiri oleh 316 orang di UPMS dan 42 orang di UPMKB dan staf ditunjukkan kaedah untuk menyediakan dokumen tawaran dan harga dan spesifikasi sebelum boleh diluluskan oleh bahagian perolehan.

Tarikh Input: 14/01/2024 | Kemaskini: 14/01/2024 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXFDBAw~