PENILAIAN PERINGKAT PERTAMA EKSA - KOMITMEN BERTERUSAN PEJABAT BURSAR | PEJABAT BURSAR
» BERITA » PENILAIAN PERINGKAT PERTAMA EKSA - KOMITMEN BERTERUSAN PEJABAT BURSAR

PENILAIAN PERINGKAT PERTAMA EKSA - KOMITMEN BERTERUSAN PEJABAT BURSAR

Serdang, 29 Mei 2025 – Penilaian Peringkat Pertama EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) bagi tahun 2025 telah diadakan di Pejabat Bursar, bermula jam 9.00 pagi hingga 1.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama.

Dua orang panel penilai telah dijemput bagi menjalankan penilaian tersebut, iaitu Ts. Puan Huda binti Khairuddin dari iDEC dan Encik Ahmad Fauzi bin Abu Bakar dari CEM. Turut hadir semasa sesi pembukaan ialah semua Ketua AJK Induk EKSA Pejabat Bursar.

Sesi dimulakan dengan ucapan aluan oleh Timbalan Bendahari Kanan, Encik Yusri, diikuti Pengerusi EKSA, Puan Yusnawati, dan taklimat EKSA oleh Encik Mohd Hafiz Amrullah.

Lawatan penilaian fizikal ke zon-zon EKSA bermula jam 10.30 pagi, merangkumi:

  • Zon Cruzeiro (Seksyen Kewangan Fakulti Veterinar dan Pejabat Bursar 3),
  • Zon EURO (Pejabat BPOB),
  • Zon Dinar (Pejabat Bursar 2),
  • Zon Yen (Pejabat Bursar 1).

Panel kembali ke bilik mesyuarat pada jam 12.30 tengah hari untuk sesi penilaian dan rumusan. Sesi penutupan dimulakan jam 1.00 petang dengan maklum balas keseluruhan oleh Ketua Panel, Ts. Puan Huda, yang memuji pencapaian cemerlang Pejabat Bursar serta memberikan beberapa saranan penambahbaikan seperti memastikan keperluan OSH adalah lengkap, kebersihan dipertingkatkan dan pengurusan E-waste dilaksanakan dengan teratur

Acara berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada panel oleh Encik Yusri. Tahniah Pejabat Bursar atas komitmen cemerlang dalam pelaksanaan EKSA!

                                                           

Tarikh Input: 31/05/2025 | Kemaskini: 31/05/2025 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6208 / 3515
03-86560160
W, (10:53:29am-10:58:29am, 19 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]