PERJUMPAAN STAF BERSAMA BURSAR | PEJABAT BURSAR
» BERITA » PERJUMPAAN STAF BERSAMA BURSAR

PERJUMPAAN STAF BERSAMA BURSAR

SERDANG, 2 Februari 2024 : Majlis Perjumpaan Bursar dan Staf Pengurusan dengan Warga Kerja Pejabat Bursar telah diadakan pada 2 Februari 2024 bertempat di Dewan Senat,
Bangunan Canselori Putra UPM. Sesi perjumpaan ini telah dimulakan dengan ucapan dan amanat tahun 2024 yang disampaikan oleh Puan Izariahwati Mohd Isa, Bursar UPM.


Perjumpaan ini antaranya bertujuan untuk menyampaikan amanat Puan Bursar Tahun 2024 disamping mengeratkan lagi hubungan ukhuwah di kalangan warga kerja dan sesi suai kenal
bersama staf baharu di Pejabat Bursar. Sesi soal jawab turut diadakan bagi memberi ruang kepada warga kerja untuk mengutarakan cadangan atau pendapat bagi tujuan 
penambahbaikan pengurusan Pejabat Bursar.


Pada majlis ini, Puan Bursar turut mengambil kesempatan mewakili Kelab Sukan dan Kebajikan Bendahari (KSKB) bagi menyerahkan sumbangan kepada 6 orang staf yang kehilangan ahli keluarga dan staf yang menghadapi dugaan kesihatan ahli keluarga. Seramai 135 warga kerja Pejabat Bursar telah menghadiri perjumpaan ini. Majlis diakhiri dengan acara sesi bergambar kenang-kenangan bersama staf pengurusan dan warga kerja Pejabat Bursar.

 

 

 

Tarikh Input: 21/02/2024 | Kemaskini: 21/02/2024 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXFDIA6~