PERLAWANAN PERSAHABATAN BIMB-UPM | PEJABAT BURSAR
» BERITA » PERLAWANAN PERSAHABATAN BIMB-UPM

PERLAWANAN PERSAHABATAN BIMB-UPM

SERDANG, 17 Jun 2023 – Satu perlawanan boling anjuran Bank Islam (Malaysia) Berhad telah diadakan Sabtu lalu di Wangsa Bowl, One Utama. Pertandingan boling tersebut dianjurkan bertujuan memperkukuh jalinan kerjasama antara pihak BIMB dan pejabat bursar universiti-universiti awam sekitar Lembah Kelang. Antara universiti-universiti yang terlibat adalah Universiti Putra Malaysia (UPM), UITM, UTMKL dan Universiti Malaya (UM).

Sebelum memulakan pertandingan, setiap ketua yang mewakili setiap universiti awam dijemput untuk memberi ucapan pembukaan. Pn. Izariahwati bt. Mohd Isa selaku Bursar UPM memberikan ucapan aluan dan pembukaan bagi mewakili pasukan dari UPM. Seterusnya ketua-ketua yang mewakili setiap universiti awam diberikan peluang untuk membuat balingan pertama, sekaligus merasmikan pertandingan boling pada hari tersebut.

Pejabat Bursar UPM telah menghantar 8 pasukan daripada keseluruhan 36 pasukan yang bertanding dimana setiap pasukan terdiri daripada 3 pemain. Pertandingan berlangsung dari jam 10 pagi hingga jam 12.30 tengah hari. Sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi setiap universiti berlangsung sekitar jam 1 petang.

Tempat pertama dimenangi oleh pasukan yang terdiri daripada Mohd Asri Bin Abdullah, Nur Ezrin Binti Abdol Rahim dan Nor Azima Binti Abd Malek. Tempat kedua dimenangi pasukan yang terdiri daripada Muhammad Sauffi Bin Ideris, Norazura Binti Ali Dan Mohamad Halim Bin Mohamad Wahab. Tempat ketiga dimenangi oleh pasukan yang terdiri daripada Azahari Bin Mohamad, Nur Maizurida Binti Ibrahim Dan Azzira Binti Abdul Aziz.

Kutipan mata tertinggi kategori lelaki dimenangi oleh Mohamad Halim Bin Mohamad Wahab, diikuti oleh Muhammad Sauffi Bin Ideris di tempat kedua dan tempat ketiga, Ezzi Farhan Bin Rosdi. Bagi kategori wanita, kutipan mata tertinggi dimenangi oleh Nur Ezrin Binti Abdol Rahim, tempat kedua Nor Azima Binti Abd Malek dan tempat ketiga dimenangi oleh Nur Maizurida Binti Ibrahim. Hadiah saguhati juga disediakan kepada pemain lelaki dan wanita yang mengumpul mata terendah sepanjang pertandingan. Pertandingan boling pada hari tersebut selesai dan bersurai sekitar jam 1.30 petang.

Tahniah diucapkan kepada semua pemain yang mewakili universiti untuk pertandingan boling anjuran Bank Islam (Malaysia) Berhad pada hari tersebut. Semoga jalinan kerjasama dan semangat kesukanan antara pihak bank dan universiti-universiti awam mampu menyuntik motivasi dalam diri dan mempertingkat kualiti kerja organisasi.

 

 

         

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

                                                        

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

                           

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

                                                        

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

                           

Tarikh Input: 23/06/2023 | Kemaskini: 23/06/2023 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXFDFAA~