Serdang, 26 Mei 2025 – Jawatankuasa latihan Pejabat Bursar telah menjemput pihak Malaysia Airlines untuk mengadakan satu sesi taklimat khas berkaitan penggunaan MH_GOM Portal kepada warga Pejabat Bursar, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang bertanggung jawab menguruskan tiket kapal terbang, bertempat di Makmal Komputer, Fakulti Perubatan Veterinar. Sesi taklimat ini disampaikan oleh Puan Noraini Jamaludin wakil daripada Malaysia Aviation Group.
Taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan terperinci kepada pegawai serta staf yang terlibat dalam pengurusan tempahan tiket kapal terbang bagi urusan rasmi universiti. MH_GOM Portal merupakan platform dalam talian yang disediakan oleh Malaysia Airlines bagi memudahkan urusan tempahan tiket penerbangan bagi agensi kerajaan dan institusi pengajian tinggi awam.
Antara perkara utama yang dibentangkan termasuk pengenalan kepada MH_GOM Portal, tatacara penggunaan portal secara efektif serta sesi soal jawab berkaitan isu-isu teknikal dan operasi yang dihadapi pengguna.
Pihak Malaysia Airlines menyatakan komitmen mereka untuk terus menyokong kelancaran urusan perjalanan rasmi institusi kerajaan menerusi pemantapan penggunaan sistem berasaskan digital seperti MH_GOM Portal. Kehadiran peserta yang terdiri daripada kakitangan pengurusan perjalanan UPM turut mencerminkan kesediaan universiti dalam mempertingkatkan kecekapan urusan operasi harian melalui teknologi yang disediakan.
Taklimat ini diakhiri dengan sesi interaktif di mana peserta berpeluang mengemukakan cadangan penambahbaikan serta mendapatkan maklum balas segera terhadap sebarang kekangan yang dihadapi sepanjang penggunaan portal


Tarikh Input: 28/05/2025 | Kemaskini: 29/05/2025 | aini_abd

BANGUNAN CANSELORI PUTRA, ARAS 2, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400, UPM SERDANG, SELANGOR.