UPM Serdang, 14 April 2026 – Taklimat Pengurusan Perolehan & Isu serta Permasalahan telah berjaya dianjurkan oleh Bahagian Kewangan Pengurusan Perolehan pada 14 April 2026 secara atas talian dengan penyertaan lebih kurang 130 orang pegawai termasuk staf Pejabat Bursar, UPM dari Bahagian Pembayaran Operasi Berpusat dan Seksyen Kewangan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pengurusan perolehan serta pembayaran. Taklimat yang diberikan oleh Ketua Bahagian Kewangan Pengurusan Perolehan, Puan Noraini binti Abdullah ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta meningkatkan kefahaman peserta berkaitan isu-isu perolehan semasa dan cabaran yang sering dihadapi dalam pelaksanaan perolehan, selaras dengan pematuhan kepada peraturan kewangan dan garis panduan yang berkuat kuasa. Sepanjang sesi taklimat, pelbagai isu telah dibincangkan secara terbuka, antaranya kelewatan dalam proses perolehan, ketidakpatuhan kepada spesifikasi yang ditetapkan, kelemahan dalam penyediaan dokumen, serta cabaran dalam pemantauan kontrak. Turut disentuh adalah penemuan audit yang sering berulang dan langkah-langkah penambahbaikan yang perlu diambil oleh setiap PTJ bagi mengelakkan teguran berulang. Penceramah turut menekankan kepentingan perancangan perolehan yang lebih sistematik, keperluan integrity pact di semua peringkat perolehan dan semakan status penyediaan sesebuah kontrak sebelum bayaran dibuat. Selain itu, sesi soal jawab turut memberi peluang kepada peserta untuk mengemukakan isu dan permasalahan yang dihadapi di peringkat pelaksanaan, seterusnya membolehkan perbincangan dua hala yang lebih praktikal dan berfokus kepada penyelesaian. Taklimat ini akan diadakan setiap tahun bagi meningkatkan tahap kecekapan dan integriti pegawai dan staf Pejabat Bursar dalam pengurusan perolehan, di samping memperkukuhkan tadbir urus kewangan yang lebih telus dan berakauntabiliti
Tarikh Input: 17/04/2026 | Kemaskini: 17/04/2026 | aini_abd

BANGUNAN CANSELORI PUTRA, ARAS 2, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400, UPM SERDANG, SELANGOR.