TAKLIMAT SISTEM PENGURUSAN ASET | PEJABAT BURSAR
» BERITA » TAKLIMAT SISTEM PENGURUSAN ASET

TAKLIMAT SISTEM PENGURUSAN ASET

Serdang 26 Mac 2025- “PERKHIDMATAN MELANGKAUI JANGKAAN”. Itu kata-kata yang boleh diibaratkan apabila pihak Bahagian Kewangan Pengurusan Aset (BKPA), Pejabat Bursar mengambil inisiatif yang tersendiri dengan menganjurkan taklimat berkaitan Sistem Pengurusan Aset (SPA) kepada Pusat Tanggung Jawab (PTJ) secara bersemuka serta berskala kecil bertujuan memantapkan lagi pemahaman PTJ mengenai pengggunaan sistem tersebut.

Bertempat di bangunan ikonik UPM, bangunan Canselori Putra sekali lagi menjadi saksi kepetahan serta kepimpinan Puan Junaidah binti Md Isa dalam menyampaikan ketiga tiga siri taklimat tersebut.

Taklimat SPA Siri 1 yang diadakan pada 13 Mac 2025 bertempat di bilik Mesyuarat Pejabat Bursar telah dihadiri seramai 17 orang peserta mewakili 14 PTJ. Taklimat SPA Siri 2 pula diadakan pada 20 Mac 2025 dihadiri 21 orang peserta mewakili 13 PTJ .Manakala Taklimat SPA Siri 3 yang telah diadakan pada 25 Mac 2025 telah dihadiri seramai 14 orang peserta mewakili 12 PTJ. Taklimat SPA yang diadakan sehari sekali seminggu ini akan diteruskan lagi dimasa akan datang untuk memastikan kesemua pegawai aset diberikan latihan mengenai sistem SPA.

 Maka diharapkan dengan penganjuran program seperti ini, tatacara dan pemantauan pengurusan aset universiti dapat dilaksanakan dengan mantap dan lebih efisien. 

JADI JANGAN TUNGGU LAGI. AMBIL LANGKAH PERTAMA DENGAN MENDAFTARKAN DIRI ANDA SEBAIK SAHAJA PENDAFTARAN TAKLIMAT SPA YANG SETERUSNYA DIBUKA

Tarikh Input: 27/03/2025 | Kemaskini: 27/03/2025 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6208 / 3515
03-86560160
W, (01:57:21pm-02:02:21pm, 15 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]