SOALAN LAZIM | PEJABAT BURSAR
» SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

PEMBEKAL
1
Bagaimanakah proses pendaftaran pembekal/syarikat dilakukan?

Proses pendaftaran syarikat boleh dibuat secara dalam talian melalu Sistem MyVendor UPM dengan melayari laman web http://www.myvendor.upm.edu.my/ .   .


PELAJAR
2
Di manakah lokasi Kaunter Khidmat Pelanggan,  Pejabat Bendahari III, UPM?

Lokasi :- d/a Aras Bawah, Bangunan Canselori Putra
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang Selangor Google Maps

3
Bagaimana cara untuk  menyemak kadar yuran semasa atau yuran tertunggak?

Pelajar  boleh menyemak kadar yuran dengan berurusan terus di Kaunter Khidmat  Pelanggan, Bendahari III atau melayari web portal pelajar ijazah /  diploma di https://psp.upm.edu.my/ atau layari portal Sekolah Pengajian Siswazah di https://sgs.upm.edu.my/ untuk pelajar Master/Phd (posgrad).

4
Bagaimana  cara untuk menjelaskan yuran pengajian?

Tatacara pembayaran yuran boleh dicapai melalui pautan https://bursar.upm.edu.my/upload/dokumen/20220203092721LAMPIRAN_3_KAEDAH_BAYARAN.pdf

5
Bagaimana proses untuk mengemaskini maklumat penaja?

Pelajar  ijazah/diploma perlu merujuk di Pejabat Hal Ehwal Pelajar atau bagi  pelajar Master/PhD di Sekolah Pengajian Siswazah untuk mengemaskini  maklumat penaja.

6
Sekiranya pelajar telah mempunyai tajaan dan pada semester yang sama  pelajar ditawarkan tajaan lain, bolehkah pelajar menerima tajaan  tersebut tanpa menolak tajaan sedia ada?

Tidak boleh. Pelajar hanya dibenarkan mempunyai satu  penaja sahaja sama ada tajaan berbentuk biasiswa / pinjaman /saguhati.

7
Berapa lama untuk memproses  pembayaran balik yuran pelajar atau bayaran biasiswa/pinjaman penaja?

Proses  pembayaran kepada pelajar adalah dalam tempoh 7 hari bekerja dari  tarikh pelajar layak dibayar.

8
Bagaimana cara untuk mendapatkan bayaran balik yuran asrama /  pengangkutan bas / meal plan / yuran pengajian?

  • Yuran Asrama - Sila dapatkan surat pengesahan  menginap di luar kampus di Pejabat Am Kolej.
  • Yuran Bas - Sila dapatkan surat kelulusan  pengecualian pengangkutan bas di Bahagian 
    Hal Ehwal Pelajar.
  • Yuran Pengajian - Sila dapatkan surat  pengesahan status pengajian samada bergraduat/ 
    berhenti/menangguh di  Pejabat Akademik atau Sekolah Pengajian Siswazah    
  •  

    9
    Bilakah bayaran biasiswa / pinjaman / elaun GRF  (Master/PhD) diiterima oleh pelajar ?

  • Pelajar boleh mendapatkan makluman pembayaran  biasiswa/pinjaman untuk semester semasa dengan menghubungi penaja.  Kebiasaannya penaja akan membuat bayaran kepada Pejabat Bendahari 3  minggu sebelum / selepas pendaftaran semester bermula.
  • Bayaran Elaun GRF akan dikredit ke akaun pelajar pada setiap akhir bulan 
    berdasarkan tempoh perjanjian yang ditetapkan.
  • 10
    Bagaimana bayaran yuran untuk pelajar Master/Phd yang mendapat SLAB JPA, KPM, KPTM atau MARA?

    Pelajar perlu menyerahkan surat tawaran penaja di Kaunter Pelanggan, Pejabat Bendahari III untuk membuat tuntutan yuran kepada penaja.

    11
    Bolehkah pelajar membuat permohonan pengeluaran caruman KWSP ibubapa sekiranya mempunyai tajaan seperti PTPTN, JPA, MARA atau tajaan lain pada semester semasa?

    Permohonan pengeluaran KWSP dikira sebagai tajaan dan sekiranya pelajar masih ingin membuat pengeluaran tersebut, pelajar perlu membuat penolakan tajaan sedia ada.

    12
    Bagaimanakah proses permohonan pengeluaran caruman KWSP?

    Pelajar UPM  berstatus warganegara Malaysia boleh membuat permohonan e-Pengeluaran Pendidikan KWSP untuk membiayai yuran pengajian. e-Pengeluaran Pendidikan merupakan penghantaran permohonan secara dalam talian melalui laman web KWSP bagi ahli yang mempunyai i-Akaun.  Sila rujuk pautan-pautan berikut:
    http://www.kwsp.gov.my/portal/documents/10180/178612/DE_Member_submission_-_pay_to_IPT___self__BM__09032017.pdf Jika ada sebarang kemusykilan, sila layari https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us/make-an-enquiry atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000

    13
    Jika saya bercadang untuk menangguh/tarik diri dari pengajian, adakah yuran saya akan dikembalikan atau dibawa ke semester berikutnya?

    Hanya pelajar yang menangguh/menarik diri dari pengajian dalam tempoh 2 minggu pertama semester bermula sahaja layak dikecualikan sebahagian dari yuran pengajian dan sebarang lebihan akan dibawa ke lejar semester berikutnya atau dikembalikan kepada pelajar. Yuran asrama pula akan dikira mengikut bilangan hari pelajar menginap dan sebarang pelarasan adalah berdasarkan pengesahan dari pihak kolej yang berkenaan

    14
    Bolehkah saya membayar hanya sebahagian yuran-yuran tertentu sahaja mengikut kehendak saya?

    Tidak boleh. Yuran yang ditetapkan adalah secara pakej dan pelajar perlu membayar keseluruhan yuran yang telah ditetapkan oleh Universiti

    15
    Jika saya telah membayar penuh yuran, adakah PTPTN saya juga akan dipotong yuran semester pertama ini?

    Tidak, sekiranya pelajar telah melangsaikan keseluruhan yuran, bayaran dari PTPTN akan dikreditkan penuh ke akaun pelajar.

    16
    Apa akan jadi sekiranya saya tidak menjelaskan yuran pengajian sepenuhnya?

    Kegagalan melangsaikan yuran pengajian sepenuhnya akan mengakibatkan tindakan sekatan pendaftaran bagi semester berikutnya dan juga sekatan mendapatkan keputusan peperiksaan dan transkrip

    17
    Saya merupakan pelajar yang sedang menjalani latihan industri (LI), mengapa saya masih perlu membayar yuran dalam kadar yang tinggi?

  • Yuran Pengajian (termasuk yuran perkhidmatan adalah wajib dan dikenakan keatas pelajar berstatus aktif secara pakej. Hanya Yuran Penginapan tidak dikenakan kepada pelajar LI kerana pelajar tidak tinggal di kolej kediaman UPM. Walau bagaimana pun bagi pelajar yang menjalani LI disekitar kawasan UPM dan menetap di kolej kediaman masih dikenakan bayaran penginapan tersebut.
  • Terdapat isu Yuran Penginapan dikenakan ke atas pelajar yang sedang menjalani latihan industri disebabkan kegagalan memulangkan kunci bilik kolej berdasarkan data dari pihak kolej. Bagi kes seperti ini, pelajar diminta untuk berhubung dengan pihak kolej untuk pengesahan. Pejabat Bursar hanya akan membuat pelarasan yuran penginapan jika menerima pengesahan dari pihak pengurusan kolej sahaja.
  • 18
    Mengapa yuran saya tidak sama dengan rakan saya yang lain walaupun dalam program yang sama?

  • Jumlah caj yuran pengajian adalah sama bagi setiap pelajar dalam program yang sama.
  • Perbezaan yuran boleh berlaku dalam beberapa situasi seperti caj yuran penginapan mengikut jenis/kategori bilik pilihan pelajar (rujuk jadual di bawah)
  •                                                                                                                                                                                                                                                                                                           
  • Yuran Pembangunan sebanyak RM10.00 dikenakan kepada yang tinggal dikolej sahaja untuk urusan baikpulih kecil kemudahan kolej kediaman.
  • Yuran Kolegiat (RM17.00) adalah wajib kepada semua pelajar prassiwazah UPM termasuk Pelajar Luar Kampus untuk urusan bantuan pelajar luar kampus dan penggunaan fasiliti dalam kolej kediaman sedia ada.
  • Denda lewat pulang buku dan denda buku hilang/tidak dikembalikan ke Perpustakaan
  • Tunggakan caj saman lalulintas yang dikeluarkan oleh Bahagian Keselamatan UPM.
  • Tunggakan denda kolej yang disenaraikan dan dihantar kepada Pejabat Bursar (terkini)
  • 19
    Pinjaman PTPTN telah dikreditkan kedalam akaun saya. Namun saya dapati yuran pengajian tidak ditolak dari jumlah yang dikreditkan. Apakah yang saya perlu lakukan?

    Mengenai perkara ini, sila berhubung  dengan pihak Pejabat Bursar UPM untuk penjelasan lebih lanjut. Emelkan ke bursar.student_ug@upm.edu.my


    KAKITANGAN
    20
    Siapakah yang layak memohon skim pinjaman UPM?

    Semua staf yang berstatus tetap layak untuk memohon skim pinjaman UPM.

    21
    Bagaimanakah cara tuntutan staf dapat dibuat?

    Tuntutan staf dapat dibuat melalui sistem e claim.


    LAIN-LAIN
    22
     Bagaimanakah proses pendaftaran ID untuk bayaran kepada Persatuan/Seminar(selain dari pembekal dan staf)?

    Lengkapkan borang Pendaftaran ID Individu (SOK/KEW/BR001/BUY)


    HASIL
    23
    Bagaimana cara untuk mengeluarkan invois bagi penghutang

     Lengkapkan Borang  Arahan Pengeluaran Invois /Pelarasan Antara PTJ (SOK/KEW/BR045/AKN

    24
    Apakah fungsi   Bil Tunai dan siapa yang boleh mengeluarkannya  ?

    Bil tunai berfungsi sebagai dokumen akuan terimaan rasmi bagi kutipan hasil di UPM.Bil tunai hanya boleh dikeluarkan oleh pegawai yang diberi kuasa oleh Ketua Pusat Tanggungjawab melalui pengeluaran surat perwakilan kuasa.

    25
    Bagaimanakan cara mendapatkan terimaan hasil  daripada peserta untuk sesuatu aktiviti yang dijalankan?

    Terimaan tunai  boleh dibuat dengan beberapa cara iaitu :
    a) Melalui bil tunai yang dikeluarkan oleh pegawai yang diberi kuasa di PTJ.
    b) Kaunter Pejabat Bendahari III, Bangunan Pentadbiran, UPM.
    c) Menghantar cek/wang pos/kiriman wang/bank draf atas nama Bendahari Universiti Putra Malaysia bersama-sama dokumen sokongan ke alamat :
    Seksyen Pengurusan Hasil , Pejabat Bursar, Tingkat 2, Bangunan Pentadbiran Universiti Putra Malaysia43400 Serdang Selangor Darul Ehsan
    d) Membuat bayaran di mana-mana kaunter Bank CIMB atau pindahan antara bank.
    Nama akaun : Universiti Putra Malaysia. No akaun : 12150005004050.
    Bukti pembayaran perlu dikepilkan dan diposkan kepada alamat di atas.
    e) Membuat bayaran melalui kad kredit samada di kaunter atau menggunakan borang Kebenaran Debit Terus (Direct Debit) yang boleh diperolehi daripada laman web Pejabat Bendahari.

    Kemaskini:: 09/02/2022 [aini_abd]

    PEJABAT BURSAR
    Universiti Putra Malaysia
    43400 UPM Serdang
    Selangor Darul Ehsan
    03-97696208/ 3504
    03-86560160
    SXEZKAR~