16 ORANG STAF PEJABAT BURSAR MENGHADIRI KURSUS PENGURUSAN E-SIJIL | PEJABAT BURSAR
» BERITA » 16 ORANG STAF PEJABAT BURSAR MENGHADIRI KURSUS PENGURUSAN E-SIJIL

16 ORANG STAF PEJABAT BURSAR MENGHADIRI KURSUS PENGURUSAN E-SIJIL

Serdang, 02 Mac 2023 Perkembangan teknologi hendaklah seiring dengan pelaksanaan tugasan harian semua staf Pejabat Bursar di pejabat masing-masing. Selain boleh mempercepatkan penyelesaian tugasan individu, penggunaan teknologi juga mempamerkan kredibiliti dan sikap profesionalisme staf kepada orang awam atau pemegang taruh. Menyahut seruan ini, seramai 16 orang staf Pejabat Bursar tidak melepaskan peluang untuk menyertai Kursus Pengurusan E-Sijil bertempat di Makmal Komputer Ulugh Beg, Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM) pada 2 Mac 2023. Kursus ini merupakan salah satu perkongsian digital dari kumpulan Kampus Pintar, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), UPM yang telah disampaikan oleh Ts. Saiful Ramadzan bin Hairani.

Latihan yang mengambil masa selama dua (2) jam ini adalah merupakan perkongsian ilmu mengenai produk-produk dalam Google Workspace yang penting dalam urusan kerja seharian di samping proses pengkayaan ilmu secara berterusan dalam kalangan staf di Pejabat Bursar. Antara yang dikongsikan adalah penggunaan Google Form, Google Sheet, Google Slide, Google Docs dan Add-onn yang boleh membantu perserta kursus lebih mahir dan mempunyai pendedahan menggunakan konsep pendigitalan dalam melaksanakan kerja seharian.

Pejabat Bursar merakamkan ucapan terima kasih kepada penceramah dan team Kampus Pintar, iDEC yang telah sudi memberi kursus ini kepada Staf Pejabat Bursar. Kursus ini amat bermanafaat dipelajari terutama dalam era pendigitalan yang semakin canggih

 

   

Tarikh Input: 16/03/2023 | Kemaskini: 17/03/2023 | azizal

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXDdHAX~