2 LAGI HADIAH DIRANGKUL SEMPENA PROGRAM SEMARAK MERDEKA 2022 | PEJABAT BURSAR
» BERITA » 2 LAGI HADIAH DIRANGKUL SEMPENA PROGRAM SEMARAK MERDEKA 2022

2 LAGI HADIAH DIRANGKUL SEMPENA PROGRAM SEMARAK MERDEKA 2022

Serdang, 8 September 2022 - Masih belum reda bahang semarak merdeka yang dianjurkan oleh Puat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Abdul Aziz Shah (PKKSAAS) apabila Pejabat Bursar merangkul hadiah bagi 2 kategori lagi iaitu kreativiti elemen kitar semula dan pengisian program terbaik,

 

Bagi kategori kreativiti kitar semula, Pejabat Bursar telah menggunakan tikar mengkuang yang telah rosak dan dijadikan bendera Malaysia, bendera yang diperbuat daripada penutup botol terbuang dan kulit telur serta hiasan bunga raya daripada botol yang dikitar semula. Bagi menambahkan lagi kemeriahan di sudut semarak merdeka, Staf Pejabat Bursar juga menggunakan jam terpakai untuk dijadikan logo tema hari kebangsaan 2022.

 

Bagi kategori pengisian program terbaik pula, para juri yang telah melaksanakan penjurian pada 24 Ogos 2022 telah memilih sketsa pendek yang dijayakan oleh beberapa orang staf Pejabat Bursar yang memaparkan suasana selepas Tunku Abdul Rahman pulang ke rumah selepas pengisytiharan Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.  

 

Hadiah disampaikan oleh Pendaftar UPM, Encik Muhazam bin Mansor sempena majlis Penyampaian Hadiah Program Semarak Merdeka UPM 2022 pada 6 September 2022 di PKKSAAS. Pejabat Bursar diwakili oleh Encik Yusri Hashim, Timbalan Bendahari Kanan menerima hadiah tersebut semasa program berlansung. Kejutan ini memberikan kegembiraan kepada semua warga Bursar yang telah sama-sama berganding bahu menjayakan program Semarak Merdeka ini.

 

Puan Bursar turut mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas kejayaan merangkul kejuaraan tersebut dan menewaskan PTJ lain yang turut bersemangat di dalam menjayakan program Semarak Merdeka tersebut. Semoga kejayaaan ini akan turut dicapai pada masa akan datang

 

Tarikh Input: 08/09/2022 | Kemaskini: 08/09/2022 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXESQAP~