AGM KSKB TERAKHIR BERSAMA DATO BURSAR | PEJABAT BURSAR
» BERITA » AGM KSKB TERAKHIR BERSAMA DATO BURSAR

AGM KSKB TERAKHIR BERSAMA DATO BURSAR

SERDANG, 20 Ogos 2021 - Akhirnya, dua (2) tahun telah pun sampai ke penghujungnya. Telah tiba saatnya barisan AJK KSKB sesi 2019-2021 melangkah pergi dan barisan AJK KSKB sesi 2021-2023 pula memikul tanggungjawab. Mengambil keberkatan Jumaat yang berkat Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Bursar (KSKB) telah mengadakan Mesyuarat Agung (AGM) KSKB Pejabat Bursar ke 17 . Berbeza dengan tradisi AGM yang lalu, AGM kali ini dikelola secara atas talian dengan pengisian yang padat dan berjaya menarik serama 140 lebih orang ahli untuk bersama-sama menghadiri mesyuarat.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan Tuan Pengerusi, Tuan Presiden KEPERTAMA dan akhirnya dirasmikan oleh Penaung KSKB, iaitu Dato’ Zulkiflee Othman. Majlis telah berlangsung selama 4 jam. Majlis turut diserikan dengan bacaan doa oleh Encik Azrul bin Mohamad  Juni dan disusuli dengan ucapan daripada Pengerusi KSKB Encik Mohd Hafiz Amrullah.   

AGM ini juga adalah AGM yang terakhir buat Dato’ Bursar kesayangan Pejabat Bursar kerana beliau akan bersara pada bulan September 2021. Beliau sempat menitipkan beberapa nasihat dan panduan untuk  menghadapi masa depan yang penuh dengan cabaran dalam norma baharu akibat pandemik Covid 19.  

110 hadiah cabutan bertuah melalui acara ‘round the wheel’ telah disediakan, antaranya set Tupperware, mangkuk tingkat triffin dan lain lain lagi manakala pembentangan laporan kewangan dan aktiviti serta pengumuman keputusan penuh program Virtual Run & Walk turut mengisi ruang mesyuarat . Tayangan video dan ucapan pesara turut menjadikan momen AGM kali ini lebih istimewa di mana ia mengundang kesedihan apabila terdapat segelintir yang menitiskan air mata. Terima kasih atas sumbangan dan tahniah kerana telah menjadi sebahagian daripada ‘Bursarian’ yang amat berdedikasi. 

Di penghujung acara, telah diperkenalkan senarai Ahli Jawatankuasa KSKB yang terbaru bagi sesi 2021-2023. Tahniah kepada yang telah terpilih dan semoga dapat menggalas amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan. Tidak lupa juga terima kasih kepada Ahli Jawatan Kuasa KSKB sesi 2019-2021 atas segala penat lelah dan sumbangan selama menjadi AJK terutama sepanjang melalui tempoh Pandemik Covid-19 ini. Tahniah dan ‘stay safe’

 

Berikut adalah barisan pimpinan baharu AJK KSKB sesi 2021-2023:

BAHAGIAN KEWANGAN HOSPITAL PENGAJAR UPM

1) Muhammad Nur Ariff Bin Mohd Akhir

BAHAGIAN KEWANGAN KEMUDAHAN STAF

1) Azean Binti Tajudin

2) Rusli Bin Abd Rahman

BAHAGIAN KEWANGAN PEMBANGUNAN

1) Fazrina Binti Rosli

BAHAGIAN KEWANGAN PENGURUSAN ASET

1) Junaidah Binti Md Isa

BAHAGIAN KEWANGAN PENGURUSAN PEROLEHAN

1) Mohamad Fadzil Hanafi bin Ibrahim

BAHAGIAN KEWANGAN PENYELIDIKAN

1) Norazura Binti Ali

BAHAGIAN KEWANGAN PERAKAUNAN

1) Azzira Binti Abdul Aziz

2) Jurina Binti Jumain

BAHAGIAN KEWANGAN BELANJAWAN DAN PENJANAAN PENDAPATAN

1) Nur Hazwani Binti Abdul Aziz

BPOB A 

1) Azahari Bin Mohamad

2) Raja Intan Yuhanez Binti Raja Abdul Aziz

BPOB B

1) Azizul Syahril Bin Mohd Salleh

2) Roslina Binti Mohamed Razali

SEKSYEN KEWANGAN FAKULTI KEJURUTERAAN

1) Safrina Zir Binti Mohd Uzir

SEKSYEN KEWANGAN FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN

1) Junaida Binti Adan

 SEKSYEN KEWANGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR

1) Nudia Binti Che Man

SEKSYEN KEWANGAN PELAJAR

1) Salwa Binti Johari

2) Azrul Bin Mohamad Juni

SEKSYEN PENGURUSAN HASIL DAN KAWALAN KREDIT

1) Syed Kahar Muzakkir Bin Syed Abuwalma'al

SEKSYEN PENGURUSAN KUALITI DAN PEMANTAUAN

1) Nur Syafiqah Binti Mohd Johari

SEKSYEN PENTADBIRAN

1) Nurhidayah Md. Yasin

2) Nor Maizurida binti Ibrahim

 

Tarikh Input: 26/08/2021 | Kemaskini: 26/08/2021 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXEUBAa~