AMANAT BURSAR DAN PERKONGSIAN ILMU : KOMBINASI TUNTAS | PEJABAT BURSAR
» BERITA » AMANAT BURSAR DAN PERKONGSIAN ILMU : KOMBINASI TUNTAS

AMANAT BURSAR DAN PERKONGSIAN ILMU : KOMBINASI TUNTAS

Serdang,31 Januari 2023 - Pengakhiran bulan Januari 2023 disuraikan dengan kombinasi 2 lembar hikmah daripada Puan Bursar UPM iaitu Puan Hajjah Izariahwati binti Mohd Isa dan Pegawai Psikologi, HPUPM iaitu Puan Rafidah Sadarudin pada jam 2.00 petang.

Ucapan aluan tahun baharu dan pembukaan daripada Bursar UPM cukup memberi makna kepada semua staf Pejabat Bursar yang hadir pada sesi yang diadakan di bangunan Bahagian Kewangan Pengurusan Operasi Berpusat yang juga dikenali sebagai Bpob dengan kehadiran seramai 100 orang demi memeriahkan majlis yang cukup santai itu.

Tanpa mengubah haluan dan tujuan majlis diadakan pada hari ini, Pejabat Bursar turut menjemput pakar kaunselor yang tidak asing lagi dikalangan warga kerja Pejabat Bursar untuk membawa bicara dengan tajuk “Tenang Dalam Tegang”. Tajuk yang cukup mengujakan semua hadirin ini disampaikan dengan cukup professional di samping cuitan seloroh oleh beliau menjadikan sesi ini tidak ‘kering’ dan ‘lesu’. Pertanyaan dan soal jawab yang berselang seli daripada peserta membuktikan bawa sesi ini bukan sekadar sebagai sesi perkongsian malah untuk menambah pengetahuan dan ilmu yang sangat relevan dengan warganya bagi kegunaan di pejabat atau di rumah.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sesi bergambar bersama Puan Bursar dan penceramah di beberapa lokasi menarik di sekitar bangunan tersebut. Jamuan makan yang turut disajikan dengan menu istimewa serta menu ‘pot luck’ yang dibawa oleh bahagian dan seksyen kewangan menjadikan majlis ini lebih bermakna dan meriah.

Semoga amanat dan perkongsian yang disampaikan menjadi panduan kepada semua warga kerja Pejabat Bursar di dalam menjalani kehidupan masing-masing.

May be an image of ‎2 people, headscarf and ‎text that says "‎UPM UPM BERILUEREASTD هلةم ERILMU BERBAK WITH KNOWLEDGE WE SERVE PEJABAT BURSAR PERJUMPAAN PUAN BURSAR BERSAMA WARGA KERJA PEJABAT BURSAR TAHUN 2023 PUAN HJH IZARIAHWATI BT MOHD ISA 31 JANUARI 2023 (SELASA) 2.30 PETANG RUANG LEGAR, PEJABAT BAHAGIAN KEWANGAN PENGURUSAN OPERASI BERPUSAT (BPOB) 3.20 Petang Sesi Perkongsian oleh Puan Rafidah Sadarudin (Pegawai Psikologi Kanan, HPUPM) bertajuk Tenang Dalam Tegang" PERTANIAN INOVASI KEHIDUPAN facebook.com/pejabatbursarupm youtube.com/upm/bursar‎"‎‎

Tarikh Input: 31/01/2023 | Kemaskini: 31/01/2023 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXFDIAx~