21 Oktober 2024, Serdang – Pejabat Bursar telah melalui Audit Pensijilan Semula oleh SIRIM untuk skop QMS ISO 9001: 2015 pada 21 Oktober 2024 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Pejabat Bursar. Auditor SIRIM pada kali ini ialah Puan Sarasvathy A/P Sundara Pathar. Audit dimulakan dengan kata alu-aluan oleh Puan Izariahwati Mohd Isa, Bursar UPM dan diikuti dengan taklimat ringkas tentang Pejabat Bursar yang disampaikan oleh En. Yusri Hashim, Timbalan Bendahari Kanan, merangkap Timbalan Wakil Pengurusan Pejabat Bursar. Taklimat pada sebelah pagi dihadiri oleh Puan Bursar, Ketua Bahagian, pegawai serta staf Pejabat Bursar.
Pn. Sarasvathy kemudiannya menyampaikan taklimat ringkas tentang perjalanan audit pada hari tersebut. Audit dimulakan dengan melihat Piagam Pelanggan Pejabat Bursar kemudian diikuti dengan kepuasan pelanggan, proses perolehan, pengurusan aset, pengurusan hasil dan kewangan pelajar serta pengurusan risiko di Pejabat Bursar. Auditor juga melihat proses audit dalaman dan keberkesanan tindakan yang telah diambil. Secara keseluruhannya proses audit berjalan lancar dengan kerjasama semua pegawai dan staf Pejabat Bursar. Auditor telah menjalankan audit secara menyeluruh dan turut memberi teguran dan nasihat kepada pegawai dan staf Pejabat Bursar.
Proses audit pada hari tersebut diakhiri pada sebelah petang dengan perbincangan penemuan oleh auditor dan sesi soal jawab berdasar penemuan audit. Sesi perbincangan juga turut dihadiri oleh Puan Bursar, Ketua Bahagian, pegawai serta staf Pejabat Bursar. Semua yang hadir bersetuju dengan penemuan audit dan akan mengambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya. Pada akhir sesi, Puan Bursar turut merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada auditor atas teguran dan nasihat yang telah diberikan dan beriltizam akan menambahbaik pengurusan kualiti perkhidmatan di Pejabat Bursar secara berterusan pada masa yang akan datang.
Tarikh Input: 27/10/2024 | Kemaskini: 27/10/2024 | aini_abd

BANGUNAN CANSELORI PUTRA, ARAS 2, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400, UPM SERDANG, SELANGOR.