BENGKEL KPI PEJABAT BURSAR, 2025 | PEJABAT BURSAR
» BERITA » BENGKEL KPI PEJABAT BURSAR, 2025

BENGKEL KPI PEJABAT BURSAR, 2025

SERDANG, 21 Februari : Pada 21 Februari 2025 (Jumaat), satu bengkel berkaitan dengan Penetapan Indikator Prestasi Utama (KPI) telah diadakan di Dewan OSH, Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Bengkel ini berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang, dan dihadiri oleh seramai 26 orang pegawai daripada Pejabat Bursar.

Bengkel ini dirasmikan oleh Puan Bursar iaitu Puan Hajah Izariahwati binti Mohd Isa di mana beliau menyatakan hasrat beliau sebagai Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti berkenaan peri pentingnya pencapaian KPI Pejabat Bursar selaras dengan penetapan KPI UPM

Tujuan utama bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai pentingnya penetapan dan pemantauan KPI dalam meningkatkan prestasi Pejabat Bursar bagi tahun 2025. Selain itu, bengkel ini juga bertujuan untuk mengenal pasti KPI yang sesuai bagi memastikan pencapaian Teras 1 Perkhidmatan Melangkaui Jangkaan. Para peserta diberi panduan mengenai cara untuk menetapkan KPI yang berkesan, serta bagaimana mengukur pencapaian berdasarkan objektif yang jelas.

Puan Bursar turut memberikan penjelasan mendalam mengenai strategi penetapan KPI, pengumpulan data yang relevan, dan cara menganalisis pencapaian untuk mencapai perkhidmatan yang lebih cemerlang. Bengkel ini juga memberi peluang kepada peserta untuk berbincang dan berkongsi pengalaman mengenai amalan terbaik dalam pengurusan prestasi. Diharapkan dengan bengkel ini, semua pegawai yang hadir dapat mempertingkatkan pengurusan KPI di Pejabat Bursar dan memastikan pencapaian sasaran yang telah ditetapkan dapat dicapai dengan lebih efisien, khususnya dalam usaha mencapai Teras 1 Perkhidmatan Melangkaui Jangkaan

 

 

Tarikh Input: 28/02/2025 | Kemaskini: 28/02/2025 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6208 / 3515
03-86560160
F, (06:11:31am-06:16:31am, 16 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]