Serdang, 4 Mei 2024: Bengkel Pemantapan Juruaudit Dalaman MS ISO 9001:2015 berjaya dilaksanakan pada 2 hingga 3 Mei 2024 di Bangunan Canselori Putra. Bengkel yang dihadiri oleh 57 peserta ini terdiri daripada Pembantu Tadbir Kewangan, Penolong Akauntan dan Pegawai Kewangan . Tujuan utama bengkel ini adalah untuk meningkatkan pemahaman mereka mengenai prosedur dan audit dalaman berkaitan standard MS ISO 9001:2015.
Encik Ridzuan bin Muhammad merupakan Jururunding Prinsipal daripada Perunding Inokreatif Q) dijemput sebagai penceramah utama ke bengkel tersebut. Beliau memberikan pendedahan mengenai pentingnya pematuhan prosedur dan penambahbaikan berterusan dalam amalan audit. Selain itu, peserta juga diberi latihan untuk melaksanakan penutupan audit secara lebih efektif.
Puan Azarizam mengalu-alukan para peserta ke bengkel ini dan berharap agar semua peserta memberikan komitmen dan perhatian yang sepenuhnya supaya semua maklumat yang akan disampaikan oleh perunding yang dilantik dapat dipraktikkan kelak
Bengkel ini menjadi platform untuk peserta berkongsi pendapat dan pengalaman dalam menjalankan audit dalaman. Mereka diberi kesedaran tentang kepentingan kepatuhan terhadap standard MS ISO 9001:2015 dengan harapan mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh dalam tugas harian.
Ucapan penutup disampaikan oleh Puan Mazitah sebagai wakil kepada Puan Bursar di mana beliau berharap agar peserta meninggalkan bengkel dengan pemahaman yang lebih mendalam mengenai peranan audit dalaman dalam memastikan pematuhan terhadap standard kualiti. Mereka juga dilengkapi dengan kemahiran praktikal untuk menjalankan audit dengan lebih berkesan, memberi sumbangan kepada peningkatan prestasi organisasi secara keseluruhan
Tarikh Input: 23/05/2024 | Kemaskini: 23/05/2024 | aini_abd

BANGUNAN CANSELORI PUTRA, ARAS 2, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400, UPM SERDANG, SELANGOR.